Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya
Lokasi
Sungai Dua, 13800, Butterworth, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6043564060
Kod sekolahPEA2051
Faks6043561180


Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya atau nama ringkasnya SMK Permatang Tok Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Dua.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya memiliki 597 pelajar lelaki dan 620 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1217 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah Menengah Permatang Tok jaya telah diusahakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shariff bin Hj. Omar, Ahli Parlimen Tasek Gelugor memandangkan ketiadaan sebuah sekolah menengah bagi pelajar-pelajar di kawasan Permatang Tok Jaya. Sebelum ini semua pelajar menengah terpaksa ke sekolah menengah di Telok Air Tawar atau Kepala Batas yang jaraknya dalah jauh. Sekolah yang dibina di atas kawasan seluas 13 ekar ini telah mula dibina pada tahun 1992. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya telah dibuka untuk pengambilan pelajar pada tahun 1995. Pengambilan pelajar adalah dari sekolah rendah berdekatan seperti SK Permatang Tok Jaya, SK Permatang Binjai dan SK Sungai Puyu. Pada tahun penubuhannya sekolah ini mempunyai 6 kelas iaitu 4 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Pada masa tersebut bangunan sekolah terdiri daripada 3 blok tiga tingkat bangunan akademik, 1 blok tiga tingkat makmal sains, dan 1 blok 2 tingkat bengkel Kemahiran Hidup. Terdapat juga sebuah bengkel Sains Pertanian. Penyelaras sekolah pada ketika itu ialah En. Mat Kamil bin Sudin berserta 10 orang guru. Pada 2 Oktober 1995 sekolah ini telah diserahkan secara rasmi oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ketika itu, Tn. Hj Ibrahim Said. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn. Hj Mohd Azli bin Mohamad. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga 5 Jun 1998.

Pada tahun 2000, Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka di sekolah ini. Terdapat hanya 1 kelas pada peringkat awal pengenalan program ini dengan 3 pelajar. Pada tahun berkenaan juga pembninaan 2 blok akademik yang baru serta pembinaan 2 blok bangunan asrama, rumah warden dan dewan makan telah dimulakan. Bangunan-bangunan tersebut telah siap pada penghujung 2002. Bangunan asrama mempunyai kapasiti 400 orang pelajar dan pengambilan pertama ialah pada tahun 2002.

Pada tahun 2003 sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memulakan Program Model Khas. Konsep Model Khas ini ialah menggabungkan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung. Pendidikan rendah berkenaan ialah di peringkat Tahap II iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Semua pelajar tahap II ini tinggal di asrama bersama pelajar menengah yang lain.

Sehingga awal 2007 terdapat sebanyak 38 kelas di sekolah ini. 28 darinya adalah kelas menengah biasa dari Tingkatan 1 hingga 5, 6 kelas pada Tahap II Rendah iaitu dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dan 4 kelas Pendidikan Khas. Antara program penting di sekolah ini ialah Kelas Aliran Agama jumlah pelajar pula telah mencecah 1100 orang pelajar.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Tn. Hj. Mohd Azluli bin Muhamad (1995–5 Jun 1998)
  • Pn. Rahmat Bee bt. Abd. Kader (1998–Julai 2001)
  • Pn. Hjh. Jamilah bt. Salim (2001 )
  • Jusniar (2016)
  • Zainureen bin Muhamad (2016-2018)
  • Mohd Nazri Bin Bahari (2019-Kini)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya
Sungai Dua
13800, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043564060
Fax = 6043561180

Pautan luar[sunting | sunting sumber]