Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SMK Seri Ampang

SMK Seri Ampang.jpg

Lencana SMK Seri Ampang

Alamat  Malaysia Jalan Damai Off, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Telefon 0321487065
Faksimili 0321432239
Klasifikasi Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto Menerajui Kecemerlangan
Misi -mewujudkan warga sekolah berakhlak mulia,berhemah tinggi,berkasih sayang,jati diri yang mapan,dan berdaya saing

-meningkatkan kualiti prestasi kurikulum dan ko-kurikulum -menerajui kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi mewujudkan prasarana sekolah yang kondusif

Visi SMKSA sekolah unggul di wilayah persekutuan kuala lumpur dalam kurikulum,ko-kurikulum,sahsiah dan keceriaan pada tahun 2014
Kod Sekolah WEB0206
Pengetua Datin Nor Azizah binti Sulaiman
Penolong Kanan pentadbiran dan kurikulum Azuar bin Hussin
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Syed Harman Shah Bin Syed Othman
Penolong Kanan Kokurikulum Rosliza binti Ab. Hamid
Tahun dirasmikan 1963

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (SMKSA) ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang memiliki 540 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 575 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2012

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan dikenali sebagai Shaw Road Afternoon Secondary School kerana menumpang di Sekolah Lelaki Jalan Shaw sebelum berpindah ke Batu 3 Jalan Ampang. Setelah berpindah ia diberi nama Ampang Road Boys’ School. Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Seri Ampang pada tahun 1974. Pada tahun 1989, sekali lagi nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang mempunyai 4 blok bangunan utama iaitu Atma, Budiman, Cahaya dan Dasila. Pejabat pentadbiran terletak di blok Atma bersama para pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Manakala bagi para pelajar tingkatan 3, mereka ditempatkann di blok Cahaya dan bagi pelajar tingkatan Peralihan, 1 dan 2, mereka ditempatkan di blok Dasila. Buat masa ini, sekolah mempunyai seramai 83 orang tenaga pengajar serta 30 buah kelas aliran perdana.[1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pasukan SMK Seri Ampang muncul "Naib Juara" Bawah Kejohanan MSSWP Peringkat Zon Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 2012.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
Jalan Damai Off, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Telefon = 03-21487065
Faks = 03-21432239

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Aroba. (11 Mac 2011) "AROBA di Majlis Akur Janji SMKSA", Aroba.com.my. Dicapai pada 2011-03-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]