Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri

Lencana SMK Seri Permaisuri

Alamat  Malaysia Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur
Telefon 391731171
Faksimili 391732272
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Berilmu - Beramal - Berbakti
Slogan -
Kod Sekolah WEA0246
Pengetua -
Penolong Kanan Akademik -
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar -
Penolong Kanan Kokurikulum -
Tahun dirasmikan -

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri memiliki 785 pelajar lelaki dan 606 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1391 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Seri Permaisuri telah diberi nama sempena nama Bandar Sri Permaisuri yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Tapak sekolah ini pada asalnya adalah dari bekas lombong bijih timah yang telah ditebusguna. Sekolah ini telah dibina atas tapak seluas 30 hektar dengan peruntukan sebanyak RM18 juta.

Terdapat sebuah mini stadium yang dibina bersebelahan sekolah dengan perbenlanjaan pembinaannya mencecah lebih kurang RM2 juta. Dengan terbinanya kemudahan ini, maka segala latihan sukan serta pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dapat dijalankan dengan berkesan.

Sekolah ini telah dibina akhir tahun 1999 dan telah dibuka pada tahun 2003. Encik Naseh bin Hassan merupakan penjaga sekolah ini pada permulaan sekolah ini beroperasi. Lagu sekolah SMK Seri Permaisuri telah dicipta oleh Puan Norainon binti Ramli yang pada ketika itu ialah Guru PKHEM dan lencana sekolah telah direka oleh Puan Hafilah binti Ismail. Mereka adalah antara guru yang terawal yang ditempatkan di SMKSP. Jumlah tenaga pengajar ketika itu adalah seramai 23 orang manakala pelajar pula berjumlah 360 orang. Jumlah kelas yang dibuka pada masa itu adalah sebanyak 11 kelas. Pada tahun 2004, jumlah tenaga pengajar telah meningkat kepada 35 orang iaitu terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 27 orang guru perempuan.

Bermula tahun 2008, SMK Seri Permaisuri telah menjadi sekolah 2 sesi.

Sehingga kini, tahun 2009, jumlah kelas untuk pelajar sekolah ini adalah sebanyak kelas 51 kelas termasuk kelas untuk PRA-U. Jumlah pelajar tahun 2009 adalah seramai 1351 orang dengan 744 orang adalah pelajar sesi pagi dan 607 orang pelajar pada sesi petang. Pada tahun ini juga, SMKSP telah menerima seramai 30 orang pelajar PRA-U(B) menjadikan jumlah PRA-U seramai 53 orang. Manakala kelas yang dibuka untuk PRA-U adalah sebanyak 4 kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri adalah sekolah yang terbaik dalam bidang kokurikulum untuk zon pudu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur
Telefon = 391731171
Fax = 391732272

Pautan luar[sunting | sunting sumber]