Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa

Lencana SMK Seri Sentosa

Alamat  Malaysia Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Telefon 0379831764
Faksimili 0379807478
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto Perjuangan Teras Kejayaan
Slogan -
Kod Sekolah WEB0230
Pengetua Pn. Nor Aziah Mahat
Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Marhaniza Bt Mahmud
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Pn. Aznita Bt Nawi
Penolong Kanan Kokurikulum CIk Fung Pau Ling
Penolong Kanan Petang Pn. Fuziah Mat Yakop
Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn. Doreen Veronica D' Souza
Tahun dirasmikan 1958
Bil. Sesi 2 (Pagi dan Petang)

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa memiliki 1214 pelajar lelaki dan 1233 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2447 orang. Ia mempunyai seramai 130 orang guru.2009. Sekolah ini merupakan antara sekolah terbesar di kawasan Kuchai Lama dan mempunyai bilangan pelajar yang terbanyak. Setiap tingkatan dalam sekolah ini mempunyai 12 buah bilik darjah yang dibahagikan memgikut gred pelajar berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa merupakan antara sekolah harian terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh sebab pencapaiannnya dari segi akedemik dan juga sukan. Olahraga merupakan satu aktiviti sukan yang popular di sekolah ini dan juga merupakan satu aktiviti yang penting di sekolah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pasukan olahraga SMK SRI SENTOSA telah mencapai kejayaan demi kejayaan setiap tahun. Tambahan pula sekolah ini telah menghasilkan ramai ahli sukan yang terkenal di peringkat sekolah,remaja,kebangsaan dan antarabangsa.Pada Kejohanan Balapan Dan PadangMSSWP 2010 sekolah ini telah berjaya meragut 26 pingat emas,18 pingat perak dan 7 pingat gangsa yang membawa kesuluruhan kepada 51 pingat dan telah berjaya menjadi sekolah yang terbaik pada kejohanan tersebut. Pada Kejohanan Balapan Dan PadangMSSWP 2011 Sekolah ini masih lagi berjaya menragut 30 pingat emas, 12 pingat perak dan 10 pingat gangasa dan sekali lagi menjadi sekolah paling bik dalam kejohanan tersebut. Selain daripada itu,dari segi akademik juga sekolah ini juga turut menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pada tahun 2010 sekolah ini telah berjaya mendapat 'PENCAPAIAAN PENILIAN NILAI GRED KESELURUHAN TERBAIK STPM TERBAIK','PENCAPAIAN SEKOLAH 100% LULUS PENUH STPM 2009','PENCAPAIAN GRED 4P TERTINGGI STPM 2009','PENCAPAIAN PERATUS'A+ TERTINGGI MATAPELAJARAN KIMIA SPM 2009'. Pada 2011 prestasi sekolah ini melonjak apabila keputusan PMR telah diumumkan.Sekolah ini telah berjaya mendapat keputusan PMR yang tertinggi dalam berbanding dengan keputusan tahun-tahun dahulu.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa
Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Telefon = 0379831764
Fax = 0379807478

Pautan luar[sunting | sunting sumber]