Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

§

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin
Moto Berusaha Berjaya
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua En. Zainal bin Mesran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohamed Rozi bin Ali
Penolong Kanan Kokurikulum En. Kamalullail bin Toha
Kod sekolah JEA8003
Lokasi Felda Bukit Besar, Gugusan Taib Andak81450, Kulaijaya, Johor Darul Takzim,  Malaysia
Nama singkatan SMKSA
Telefon 07-8977200
Faks 07-8976860


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin atau nama ringkasnya SMK Sultan Alauddin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Bukit Besar, Gugusan Taib Andak. SMK Sultan Alauddin juga dikenali dengan nama SEMESTA.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Sultan Alauddin mula dibina pada tahun 1969 dan siap pembinaan pada tahun 1970. Pada awalnya sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Besar. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Sultan Alauddin sesuai dengan nama pengasas Kesultanan Johor yang menyambung kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka yang berhijrah ke negeri Johor pada abad ke-16.

Pada tahun 1970, murid sekolah ini menumpang sementara di SK Bukit Ramun. Penyelia pertama SMK Sultan Alauddin ialah En. Jamian bin Hj. Nawawi. Secara rasminya, SMK Sultan Alauddin telah dibuka pada tahun 1971 yang mengandungi 9 buah kelas, 14 orang guru dan 359 orang murid. Sekolah ini mencapai kemuncak populasinya pada tahun 1980 iaitu 52 buah kelas, 78 orang guru dan 2130 orang murid. Bermula pada tahun 1985 hingga sekarang bilangan murid semakin berkurangan kerana ramai peneroka yang telah meningkat usia dan meninggal dunia. Kini hampir semua murid SMK Sultan Alauddin terdiri daripada generasi kedua dan ketiga Felda di Gugusan Taib Andak.

Semasa mula beroperasi, SMK Sultan Alauddin hanya mempunyai sebuah bangunan untuk menempatkan bilik darjah dan sebuah lagi bangunan menempatkan makmal sains, bilik sains rumahtangga, sebuah makmal pertanian dan sebuah kantin. Pada tahun 1978, sekolah inin mempunyai cawangannya di Bandar Tenggara hingga tahun 1982. Cawangan SMK Sultan Alauddin di Bandar Tenggara kemudiannya beroperasi sendiri dan diberi nama SMK Bandar Tenggara.

Pada peringkat awal, SMK Sultan Alauddin di bawah pentadbiran PPD Kota Tinggi. Bermula pada tahun 1984 setelah wujudnya PPD Kulai, segala aktiviti dan pentadbirannya berpindah ke PPD Kulai disebabkan SMK Sultan Alauddin terletak berhampiran dengan Bandar Kulai. SMK Sultan Alauddin berkeluasan 13.5 ekar 2 R dan 16 P yang terletak di lot tanah 3474 Mukim Hulu Sungai Johor. Pembangunan fizikal rancak dilaksanakan di SMK Sultan Alauddin, antaranya seperti berikut:

  • 1976: Sebuah Dewan Besar (Dewan SEMESTA)
  • 1978: Sebuah bangunan tiga tingkat dan dua makmal sains.
  • 1981: Sebuah bangunan baru menempatkan Pusat Sumber, makmal Biologi, Kimia dan Fizik.
  • 1981: Sebuah bangunan pasang siap.
  • 1990: Sebuah bangunan empat pintu melalui konsep gotong-royong yang menempatkan Bilik Kaunseling, Bilik rawatan, SPBT dan sebuah kelas.
  • 2003: Sebuah makmal komputer.
  • 2011: Dua buah bangunan empat tingkat dan sebuah bangunan dua tingkat.

Kini, SEMESTA mempunyai 28 buah kelas, 6 makmal sains, sebuah pusat sumber, bengkel kemahiran hidup (kerja kayu, jahitan, kerja paip, elektrik dan elektronik), surau At-Taufiq, bilik kebal untuk kegunaan PPD Kulaijaya, bilik lukisan kejuruteraan, bilik reka cipta, Studio Seni Visual, bilik rawatan, bilik SPBT, bilik akses, koperasi, padang, gelanggang serbaguna, kantin, bilik unit bimbingan/kaunseling juga menempatkan bilik pameran anti dadah. Perkembangan prasarana semakin lengkap apabila 2 blok bangunan menempatkan bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, dan beberapa bilik darjah yang mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011 iaitu Blok A dan B.

Dalam usaha meningkatkan taraf prasarananya, SMK Sultan Alauddin telah mendapat peruntukan pembinaan 3 blok bangunan yang terdiri daripada 2 blok 4 tingkat dan 1 blok 2 tingkat. Pembinaannya telah bermula pada awal Jun 2009 dan mula digunakan pada Julai 2011.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Alias Dasmi: 1971-1980
  2. Zohdan Omar Basaree: 1980-1992
  3. Seniwal Harun: 1993-1995
  4. Hjh. Eshah Yaakob: 1995-1997
  5. Hjh. Kamariah Ali: 1998-2000
  6. Zainal Othman: 2000-2006
  7. Juhair Jumaat: 2006-2008
  8. Jumali Ahmad: 2008-2011
  9. Zainal Mesran: 2011-Kini

Falsafah Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sesungguhnya semua murid di sekolah ini mempunyai potensi yang boleh diperkembangkan supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berdasarkan kepercayaan kepada Allah. Mereka ini boleh diajar dan dididik untuk menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berkebolehan, berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama, bertanggungjawab dan berupaya untuk berdikari serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi: Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi: Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Objektif SMK Sultan Alauddin[sunting | sunting sumber]

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid supaya memperoleh sijil yang berkualiti.
  2. Mengembangkan potensi diri murid supaya menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  3. Meningkatkan keterampilan dan penampilan murid.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berusaha Berjaya

Sekolah Sultan Alauddin
Memimpin putera puteri pertiwi
Tersergam indah
Suasana nyaman
Di sini ilmu dicari
Memimpin anak bangsa
Menuju medan jaya
Dengan semangat cinta negara
Menambah ilmu di dada
Berusaha dan berjaya
Itulah cogan kita
Sematkan di jiwa demi nusa bangsa
SSA terus berjaya
SSA terus berjaya

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin.jpeg

1.Warna

  • Putih: Kesucian dan Kebersihan
  • Merah: Semangat dan kesungguhan
  • Hijau: Kesegaran dan keindahan
  • Kuning: Disiplin dan ketaatan

2.Unsur dan Lambang

  • Buku: Ilmu dan gedung ilmu
  • Obor: Semangat dan ketekunan
  • Alat Geometri: Mata pelajaran diajar menggunakan alat tulis
  • Gelang & Pengakap: Aktiviti kokurikulum dan sukan

Undang-Undang dan Peraturan[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin
Felda Bukit Besar, Gugusan Taib Andak
81450, Kulaijaya
Johor,  Malaysia
Telefon = 07-8977200
Fax = 07-8976860
Email = jea8003@yahoo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]