Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar
Ditubuhkan 1988
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua En. Jalil
Kod sekolah PEA2057
Lokasi  Malaysia Telok Ayer Tawar13050, Butterworth,, Mutiara Timur, Malaysia
Nama singkatan SMKTAT
Laman web SMKTAT Butterworth
Telefon 6043512320
Faks 6043511596


Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar atau nama ringkasnya SMK Telok Air Tawar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Telok Ayer Tawar. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar Butterworth (SMKTAT Butterworth) terletak di kawasan Telok Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Ia terletak di tepi jalan raya menuju ke utara (dari Butterworth ke Alor Setar), kira-kira 10 km dari bandar Butterworth.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar memiliki 686 pelajar lelaki dan 683 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1369 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar
Telok Ayer Tawar
13050, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043512320
Fax = 6043511596

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1988. Di antara tokoh tempatan yang memainkan peranan penting ke arah pembinaan sekolah ini ialah Y.B. Datuk Hj. Mohd. Sharif Bin Haji Omar, Tuan Hj. Abdul Roni Bin A. Hassan (bekas ADUN Telok Air Tawar) dan Cikgu Abd. Rahman Bahaudin (bekas Ketua Umno Cawangan Telok Air Tawar). Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar (SMKTAT) mula dibuka pada 1 Januari 1988. Berikut ini adalah senarai nama Pengetua sekolah ini semenjak ia dibuka:

  • En. Abd. Hamid Nyak Hussein (16.12.1987 - 19.3.1991)
  • En. Mohd. Hussin (1.1.1991 - 31.1.1996)
  • Pn. Hjh. Fauziah (16.2.1996 - 28.2.1997)
  • Pn. Hjh. Rohani (16.3.1997 - 15.1.1998)
  • Pn. Hjh. Ramlah (16.2.1998 - 30.9.1998)
  • Tuan Haji Abdul Wahab (1998 - 2002)
  • Pn. Hjh Jaamah (2002 - 2007)
  • En. Abdul Rashid (2007 - 2008)
  • En. Ghazali (2008 - 2009)
  • En. Abdul Jalil (2009-2011)
  • Pn. Hjh. Robiyah (2011-sekarang)

Kumpulan pertama guru-guru yang bertugas di sekolah ini ialah: En. Cheng Ah Khoo, Pn. Che Chee bt. Shaik, Pn. Lau Geok Heoh, Pn. Hjh. Salbiah bt. Ahmad, Pn. Salbiana bt. Hashim, Ustaz Mustaffa bin Zainol Abidin, Pn. Zunianah Bt. Deris dan En. Vincent Daniel. Dua orang staf sokongan yang mula-mula berkhidmat di sekolah ini ialah Pn. Ruziah bt. Md Aris dan Pn. Faridah Bt. Saad. Yang Dipertua PIBG pertama bagi sekolah ini ialah Tuan Hj. Mahmud bin Hj. Arshad.Tuan Hj. Ahmat bin Omar.

Selain daripada kemudahan fizikal lain, sekolah ini juga mempunyai sebuah surau yang berharga kira-kira RM100,000, gelanggang permainan (berharga kira-kira RM12,000) dan rumah pasukan beruniform yang berharga kira-kira RM30,000. Semua kemudahan ini telah siap dibina pada tahun 1994, semasa di bawah pentadbiran Pengetua En. Mohd. Hussin bin Mohd. Shariff.

Dari segi kokurikulum, sekolah ini sering menjadi johan dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan persatuan, kelab, permainan dan sukan sama ada yang diadakan di peringkat zon/daerah dan negeri. Malahan dalam bidang permainan ada pelajar sekolah ini yang telah mewakili negara dalam Sukan Negara-negara Asean yang diadakan di Jakarta beberapa tahun lalu.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Misi

Kami warga SMKTAT akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang; Sahsiah, kurikulum, kokurikulum melalui penglibatan semua pihak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Visi

SMKTAT cemerlang 2010

Falsafah warga sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Sepasukan
  • Muhibah
  • Komited
  • Telus dan tulus
  • Amanah
  • Terbilang

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Patuh kepada ajaran agama
  • Saling hormat menghormati
  • Bekerja dengan penuh berdedikasi
  • Sayang dan bangga terhadap sekolah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]