Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Bukit Piatu (SMKTBP) terletak di Bukit Piatu iaitu lebih kurang 5 km dari Bandar Melaka dan berkoordinat: 2°12'33"N 102°16'25"E.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap dibina pada tahun 1973.
Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Pengetua Pertama ialah En Abd Rahim bin Yaakub. Buat permulaan kursus yang ditawarkan hanyalah Kursus Kejenteraan Mekanikal - 2 kelas dan Binaan Bangunan - 2 kelas untuk Tingkatan 4. Pada tahun 1975 sekolah ini telah membuka lagi kelas Tingkatan 4 iaitu 2 lagi kelas Kejenteraan Makanikal, 2 kelas Binaan Bangunan dan sebuah kelas Sains Pertanian. Tawaran kursus semakin bertambah dan berubah dari masa ke semasa seperti Kursus Teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera dan Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984.
Kelas Tingkatan 6 Rendah telah dibuka pada tahun 1976.
Pada 15 Julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka ketika itu Tuan Syed Zahiruddin bin Syed Hassan.
Daripada perspektif perkembangan fizikal, pada peringkat awal sekolah ini mempunyai Blok Pentadbiran, 10 bilik darjah, 1 makmal Kimia, 1 makmal Fiziks, 1 makmal Biologi, Blok kejuruteraan, Blok Binaan Bangunan, Blok Pertanian, Blok Elektrik, dua bilik lukisan kejuteraan dan binaan, 1 bilik perpustakaan, 2 blok asrama putera (6 Kamar),1 Blok asrama puteri sebuah dewan makan asrama/kantin, sebuah kediaman Pengetua dan 1 blok rumah pekerja.
Dari segi kemudahan bersukan, terdapat sebuah padang bolasepak, bolajaring, 2 gelanggang sepak takraw dan 1 buah gelanggang bolatampar.
Kini sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan, sebuah Pusat Sumber dan Perpustakaan baru. Pada hari ini terdapat 16 kelas kejuruteraan, 4 kelas pertanian dan 2 kelas perdagangan dalam kedua-dua Tingkatan 4 dan 5. Pada masa dahulu sekolah ini juga mempunyai 2 kelas Tingkatan 6 Bawah dan 2 kelas Tingkatan 6 Atas tetapi telah dimansuhkan. Kini, kelas tingkatan 6 tidak wujud lagi. Jumlah pelajar SMKTBP pula ialah seramai lebih kurang 800 orang dengan 52 orang tenaga pendidik. Mulai tahun 1994, Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini. Pelajar SMKTBP hanya terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Pada tahun 1999, SMKTBP menyambut perayaan jubli perak sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Secara keseluruhannya...SMKTBP kini sudah berwajah baru dan moden.
Anrata guru-guru yang terawal yang bertugas di sekolah ini ialah En Mohd Naseh Mokhsan, En Nadzri Basiron, Dr Lim Ong Kim, Mr Yoong, En Mohamed Subuh, Pn Agnes, En Hashim Pit, Pn Rashimah Md Sam.
[sunting] Akademik
Kursus ditawarkan:
Kursus Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kursus Kejuruteraan Mekanikal
Kursus Kejuruteraan Awam
Kursus Keusahawanan
Kursus Pertanian
Mata pelajaran teras
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
English for Science and Technology
Fizik
Kimia
Sejarah
Pendidikan Islam / P Moral
PJK
Matematik
Matematik Tambahan
Mata pelajaran elektif
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Jentera
Lukisan Kejuruteraan
Biologi
Sains Pertanian
Pengajian Keusahawanan
Prinsip Akaun
[sunting] Lencana dan bendera sekolah
Direka oleh Pengetua Pertama - En Rahim bin Yaakub.
[sunting] Lagu sekolah
Menjunjung Lambang
Kami pelajar Teknik Bukit Piatu
Berikrar penuh azam dan cita
Sentiasa tekun usaha jaya
Ilmu dituntut setiap masa
Kami setia menjunjung lambang
Semangat cekal dalam berjuang
Bersatu bekerjasama
Menuju bakti Alma Mater.
Lirik : Mohd Naseh Mokhsan / Nadzri Basiron
Muzik : Lim Ong Kim
[sunting] Kemudahan
[sunting] Pautan luar
- Laman Web Rasmi Sekolah
- Friendster SMKTBP
- Yahoo! Group SMKTBP
- Graduates.com SMKTBP
- Kawanku.com SMKTBP
- Peta Lokasi (Ihsan WikiMapia) SMKTBP
- Group SMKTBP@Facebook
- [1] Teknik Bukit Piatu Batch 2000-2001 Facebook Group
