Sekolah Menengah Teknik Jasin
![]() |
|
| Moto | "Berdisiplin, Cemerlang dan Inovatif" |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1 Oktober 1997 |
| Dirasmikan | 1 Januari 2000 |
| Jenis | Sekolah Menengah Teknik |
| Pengetua | En. Hasni bin Dolmat |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | En. Mustaza bin Abu Amin |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Saodah bt Hamzah |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Jaliah bt Abu |
| Lokasi | Jalan Kemendor, Jasin, Melaka |
| Kemasukan Pelajar | 666 pelajar |
| Nama singkatan | S.M.T.J |
| Laman web | Laman SM Teknik Jasin |
| Telefon | (+6)06-5291010 |
| Faks | (+6)06-5293130 |
Sekolah Menengah Teknik Jasin (dikenali sebagai SMTJ) ialah sebuah sekolah menengah teknik yang dibina di sebidang tanah seluas 40 ekar. Sekolah Menengah Teknik Jasin merupakan sekolah teknik yang keempat dibina di negeri Melaka dan kelapan di seluruh Malaysia. Usaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang masih kekal sehingga kini.
Isi kandungan |
Sejarah sekolah [sunting]
Sekolah Menengah Teknik Jasin terletak kira-kira empat kilometer dari Pekan Jasin. Lokasi sekolah ini terletak di Bukit Telemong di Simpang Kelubi di atas keluasan tanah 40 ekar yang dahulunya adalah ladang kelapa sawit. Antara kampung-kampung dan penempatan yang terdapat di sekitar sekolah ini ialah Kampung Kelubi, Kampung Kesang Tua, Kampung Kemengkang, Kampung Seri Kesang, Felda Kemendor, Serkam Estate dan Air Baruk.
Sekolah Menengah Teknik Jasin merupakan salah satu daripada 8 buah sekolah menengah teknik yang dibina di bawah Skim Pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) keempat. Sekolah ini mula dibina pada 1 Oktober 1997 dengan anggaran kos sebanyak RM29 juta dan merupakan sekolah menengah teknik keempat di negeri Melaka.
Lagu rasmi sekolah [sunting]
Sekolah Menengah Teknik Jasin
Peneroka alaf ini
Inovasi, cemerlang dan disiplin
Itulah moto kami
Pemangkin tenaga teknokrat
Penyumbang kemajuan terkini
Ilmu dituntut mendapat berkat
Moga direstui Ilahi
Awam, elektrik, mekanikal
Tulang belakang kursus kami
Teknologi dan inovasi diteroka
Wawasan negara dicapai
Kami bertekad untuk berusaha
Berjuang menimba ilmu dengan gigih Cemerlang akademik cemerlang segala Kearah melahir insan harmonis
Maklumat sekolah [sunting]
Alamat surat menyurat [sunting]
Sekolah Menengah Teknik Jasin
Jalan Kemendor, 77000
Jasin, Melaka
No. telefon / faksimili [sunting]
- No. telefon: (+6)06-5291010
- No. faksimili: (+6)06-5293130
Maklumat ICT [sunting]
Alamat e-mel: mea1001@pd.jaring.my
Visi dan misi sekolah [sunting]
Visi [sunting]
Pada 2010, Sekolah Menengah Teknik Jasin akan menjadi Sekolah Teknik gemilang dalam pencapaian akedemik dan pembentukan sahsiah pelajar.
Misi [sunting]
Melaksanakan pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid selaras dengan agenda Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Jabatan Pelajaran Melaka untuk melahirkan bakal teknokrat yang berintegriti.
Ikrar sekolah [sunting]
Bahawa kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Jasin, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan iltizam kami kepada pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah. Kami juga berjanji akan:
- Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan diri demi masa depan agama, bangsa dan negara.
- Menghormati ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan undang-undang negara.
- Taat kepada segala peraturan dan undang-undang sekolah.
- Jauhi diri daripada salah laku dan seterusnya mensifarkannya di sekolah dan di mana kami berada.
- Dan seterusnya kami berpegang teguh pada janji dan ikrar demi masa depan kami, sekolah dan wawasan negara.
