Sekolah Rendah Islam Pintar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) ialah sebuah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur, Malaysia, yang dikemukakan kepada ummah sebagai pakej pendidikan Islam pintar terkini. Ia telah dirumus bagi tujuan melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan berakhlak mulia dalam ertikata berjaya di dunia dan akhirat.

Falsafah Pendidikan SRIP[sunting | sunting sumber]

Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman, bertakwa dan bermaklumat serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan seimbang, berterusan dan terkini.

Visi SRIP[sunting | sunting sumber]

1) Melahirkan generasi pelajar yang beriman
Adalah menjadi tugas & tanggungjawab pengasas dan tenaga pendidik SRIP melaksanakan amanah Allah S.W.T bagi melahirkan manusia yang akan melaksanakan tugas khalifah Allah di muka bumi, melahirkan manusia yang yakin akan kebesaran Allah dan menerima hakikat kewujudannya sebagai Penguasa ke atas semua makhluk.

2) Melahirkan generasi pelajar bertaqwa
Bertaqwa ertinya menerima Islam sebagai cara hidup syumul. Pendidikan SRIP bermula dengan usaha mendidik pelajar memahami tanggungjawab hukum syarak;melaksanakan rukun-rukun Islam dengan sempurna. Untuk itu pelajar-pelajar diberikan asas-asas kehidupan Islam dan gambaran hidup Islam yang sebenar.

3) Melahirkan generasi pelajar yang bermaklumat
Kuasa maklumat dalam menentukan intelektual seseorang dan kecekapan membuat sesuatu keputusan dan ketepatan tindakan akan menjadi tiitk tolak kepada pembangunan manusiawi alaf akan datang. SRIP menggunakan keupayaan multimedia dalam aplikasi kurikulum dan ko-kurikulum; Teknologi Maklumat (TMK)sebagai subjek dan alat yang mendidik pelajar menjadi kreatif dan inovatif serta proaktif. SRIP juga akan menggunakan seluruh keupayaan IT dalam pentadbiran SRIP, hubungannya dengan ibubapa dan agensi-agensi luar.

Misi SRIP[sunting | sunting sumber]

Menjadi Institusi Pendidikan Islam Model
SRIP akan mengambil tempat sebagai pusat pendidikan Islam rendah yang unggul. Ia akan dilaksanakan melalui 3 unsur:

  1. Kurikulum dan Ko-kurikulum Islam Pintar
  2. Penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif dan memanfaatkan penemuan terkini teknologi pendidikan moden.
  3. Pembangunan insan soleh pada keberibadian guru, kakitangan dan pelajar.
  4. Sokongan kepada pencapaian objektif-objektif SRIP.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  1. Makan pagi dan tengah hari disediakan.
  2. Kelas
  3. Perpustakaan dan pusat sumber
  4. Dewan serbaguna
  5. Kemudahan komputer


Pautan luar[sunting | sunting sumber]