Senarai berpaut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Senarai berpaut (bahasa Inggerisnya linked list), dalam bidang sains komputer, merupakan struktur data yang terdiri daripada sekumpulan nod yang bersama-sama mewakili sebuah jujukan. Dalam bentuk teringkas, setiap nod mengandungi satu datum dan rujukan (dalam kata lain, pautan) kepada nod seterusnya dalam jujukan; bentuk lain yang lebih rumit mempunyai pautan-pautan tambahan. Struktur sebegini membolehkan penyisipan atau penyingkiran unsur dalam jujukan dibuat dengan lebih berkesan.

Singly-linked-list.svg
Sebuah senarai berpaut yang nodnya mengandungi dua medan: satu nilai integer dan satu lagi pautan kepada nod seterusnya. Nod terakhir dipautkan kepada sebuah penamat yang mengisyaratkan tamatnya senarai.

Sokongan bahasa[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak bahasa pengaturcaraan seperti LISP dan Scheme yang mempunyai senarai berpaut binaan dalam. Dalam kebanyakan bahasa kefungsian, senarai sebegini dibina daripada beberapa nod, setiapnya dipanggil cons atau sel cons. Cons mempunya dua medan: car, rujukan kepada data daripada nod berkenaan, dan cdr, rujukan kepada nod seterusnya. Walaupun sel cons boleh digunakan untuk membina struktur data lain, namun ini adalah tujuan utamanya.

Dalam bahasa-bahasa yang menyokong jenis data abstrak atau templat, jenis data abstrak senarai berpaut atau templat ada untuk membina senarai berpaut. Dalam bahasa-bahasa lain pula, senarai berpaut biasanya dibina menggunakan rujukan-rujukan bersama-sama rekod-rekod.