Senarai mel elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Senarai mel elektronik adalah kumpulan perbincangan di Internet di mana setiap orang dapat berlangganan dan ikut serta di dalamnya. Ia serupa dengan senarai mel tradisional. Ahli sebuah senarai mel elektronik dapat membaca surat dari orang lain dan kemudian mengirimkan balasannya. Dalam kata lain, mel elektronik adalah sebuah daftar alamat surat elektronik yang mempunyai kesukaan/kepentingan yang sama. Ketika seseorang menghantar surat yang kemudian dihantar ke semua orang yang terdapat di dalam daftar, penerima pesan memiliki kebebasan untuk membalas topik perbincangan tersebut atau tidak. Setiap kali ada orang membalas sebuah surat, surat tersebut disalurkan ke setiap kotak surat masing masing orang yang terdapat di dalam daftar. Semua proses ini diatur oleh sebuah program yang dinamakan Mailing List Manager (MLM) atau mail server.

Jenis senarai mel[sunting | sunting sumber]

Satu jenis senarai mel elektrik ialah senarai pengumuman, yang mempunyai ramai ahli tetapi hanya boleh dipos oleh beberapa orang sahaja. Konsepnya sama dengan surat berita.

Namun bentuk paling popular ialah senarai perbincangan. Berdasarkan topik perbincangan pula, senarai mel ada berbagai-bagai. Ada senarai mel umum, ada senarai mel yang membahas bidang ilmu tertentu (contohnya Teknologi Maklumat), ada senarai yang membahas masalah agama, dan sebagainya. Semua ahli boleh mengepos dalam senarai mel jenis ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mirabito, M.A.M. & Morgenstern, B.L, New Communication Technology: Applications, Policy, and Impact, 5th Edition, UK: Focal Press, 2004.
  • Turkle, Sherry (1995). Life on The Screen: Identity in the Age of the Internet. New York: Touchstone. Chapter 3,4,6.
  • Jones, S., Kovac, R., & Groom F. M. (2009). Introduction to Communication Technologies: A Guide for Non-Engineers. Boca Raton, FL: CRC Press. Bab 5, 483.</ref>

Pautan luar[sunting | sunting sumber]