Sesil (botani)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trillium cernuum mempunyai tiga helai daun yang sesil di bahagian atas batang.

Dalam bidang botani, sesil merupakan ciri anggota tumbuhan yang tidak mempunyai tangkai.[1][2] Bunga atau daun tumbuh secara langsung dari batang atau tangkai, dan oleh itu tidak mempunyai petiol atau pedisel. Kebanyakan monokotiledon daunnya tiada petiol.

Istilah sesil juga digunakan dalam mikologi untuk memerikan kandul spora kulat yang melekat atau terletak langsung di atas permukaan substrat, tanpa disokong oleh stipe atau pedikel. [3]

Antara contoh bunga sesil termasuk Trillium, Achyranthus, Saffron, dll.

Anggota tumbuhan juga boleh disebut subsesil, iaitu tidak sesil sepenuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beentje, H.; Williamson, J. (2010). The Kew Plant Glossary: an Illustrated Dictionary of Plant Terms. Royal Botanic Gardens, Kew: Kew Publishing.
  2. ^ Hickey, M.; King, C. (2001). The Cambridge Illustrated Glossary of Botanical Terms. Cambridge University Press.
  3. ^ Ulloa, Miguel; Halin, Richard T. (2012). Illustrated Dictionary of Mycology (ed. 2nd). St. Paul, Minnesota: The American Phytopathological Society. m/s. 575. ISBN 978-0-89054-400-6.