Shah Zanuriman Nuar Paras Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shah Zanuriman Nuar Paras Khan
شه زانوريمن نوار ڤارس خن
Ahli Jawatankuasa (EXCO) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selayang
Memegang jawatan
12 March 2023
Didahului olehMohd Nazri Bin Mohd Amin
Kawasan pilihan rayaSelayang
Butiran peribadi
Lahir (1984-12-19) 19 Disember 1984 (umur 39)
Kuala Lumpur
KerakyatanMalaysian
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
Alma materUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli Politik, Ahli Perniagaan

Shah Zanuriman bin Nuar Paras Khan ( Melayu: شه زانوريمن نوار ڤارس خن ,Sebutan bahasa Melayu: [shah zanuriman] ; lahir 19 Disember 1984) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan BN. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda UMNO dan Setiausaha Pemuda UMNO Selangor sejak Mac 2023, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang sejak Mac 2018. [1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Shah mula berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang pada 2018 apabila memenangi jawatan itu selepas seorang lagi calon menarik diri daripada pertandingan pada saat-saat akhir. Beliau memenangi penggal kedua sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang dengan kemenangan besar pada pemilihan kepimpinan UMNO 2023.

Beliau memenangi pemilihan jawatan Pemuda UMNO semasa pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2023 dengan menduduki tempat ke-4 daripada 113 calon dengan 17,021 undi. [2] Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Selangor di bawah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Dato Mohd Imran Tamrin .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kepimpinan Pemuda UMNO Selangor 2023-2026". UMNO Selangor.
  2. ^ ADNAN, AHMAD FADHLULLAH (2023-03-13). "Keputusan pemilihan Pemuda UMNO 2023/2026". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-11-03.