Sharifah Abu Salem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Abu Salem
WarganegaraMalaysia
PekerjaanEditor Kanan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Penulis novel & skrip drama

Sharifah Abu Salem merupakan seorang pengarang novel dan penulis skrip di Malaysia.[1]

Sharifah Abu Salem merupakan penulis novel yang telah menghasilkan novel seperti Salam Taj Mahal, Tak Seindah Mimpi, Pesona Rindu dan Janji Diana. Kini, dia bukan sahaja dikenali sebagai novelis, malah namanya semakin masyhur sebagai penulis skrip drama-drama tempatan yang menghiasi kaca televisyen.

Sharifah Abu Salem telah mula dengan menulis skrip drama radio pada usia 16 tahun, sebelum beralih pada menulis novel. Selain novel, Sharifah Abu Salem juga giat menulis skrip frama, antaranya drama Asmara, Nenek Kebayan, Gelora Di Hati Sara 1 & 2, Isabella, Kasih, Rahsia Demi Rahsia, Cik Yah Balik Kampung, Julia, Anakku Nik Aziz, dan Misteri Karina, yang semua skrip drama tersebut ditulis olehnya.

Banyak juga buku hasil penulisannya yang diadaptasi menjadi drama, seperti drama Biar Rindu Berlalu daripada novel berjudul yang sama itu, diterbitkan oleh Bright Network Sdn Bhd manakala drama Trilogi Cinta diadaptasi daripada novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.[2]

Beliau yang juga merupakan Editor Kanan di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd itu mengakui bahawa permintaan novel untuk diadaptasi sangat tinggi. Sehingga 2010, sebanyak 14 buah novel tulisannya yang dijadikan adaptasi untuk drama. Walaupun sibuk menulis skrip, dia tetap meluangkan masa untuk menulis novel. Cuma fokus utamanya lebih diberikan kepada penulisan skrip.

Ini kerana dia hanya perlu menghasilkan dua buah novel dalam masa setahun jika mengikut kontraknya dengan syarikat penerbitan Alaf 21. Sharifah pernah mengikuti kursus intensif penulisan kreatif dan kewartawanan di Universiti Sains Malaysia (USM) sesi 82/83 di bawah bimbingan Dr Fatimah Busu, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Pada Julai lalu, dia menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lalu kerana karyanya mencatat jualan hampir 1 juta naskhah. Selain itu, dia juga merupakan penerima anugerah Gold Club oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada April lalu.

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Masihkah Ada Kasih[3]

Skrip Drama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]