Silat Firasah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Silat Firasah
Grafik logo oleh: Hj Idris bin Alimuda
Fail:Picidris.JPG
Ahli Silat Firasah UK

Pendahuluan:[sunting | sunting sumber]

Silat Firasah [SF] adalah satu lagi koleksi keilmuan persilatan warisan bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam yang selama ini wujud tanpa disedari oleh masyarakat di Negara ini Malaysia. Keadaan ini berlaku oleh kerana Guru Utama Pengasas Ilmu [singkatannya, GUPI] Silat Firasah, Tuan Haji Mohd. Tahir bin Aral (kini berusia 75 tahun) bekas seorang Ahli Jawatankuasa Perbandaran Kajang, hanya menumpukan pengajaran keilmuannya secara tidak resmi dan berasaskan jalinan peribadi / individu yang mengetahuinya melalui mulut ke mulut semenjak tahun 1960. Semenjak itu, ramai individu telah mendatang dan mempelajarinya dari pelbagai kalangan / peringkat masyarakat dan pelusuk negeri.

Keilmuan SF lebih dikenali di antara pengamal-pengamal terawal sebagai “Keilmuan Persilatan Hidup” yang membawa maksud:

Ia tidak terikat semata-mata di gelanggang, sepertimana lazimnya keilmuan persilatan yang lain, malah ia lebih fokus kepada amanah dan tujuan asal penciptaan manusia oleh Ilahi dan realiti, iaitu, menyediakan pengamal-pengamalnya menghadapi dan mempertahankan diri masing-masing dari musuh-musuh yang berbentuk samada Ruhaniah mahu pun Lahiriah:

  1. Hubungan di antara Manusia dengan Penciptanya [Allah swt];
  2. Manusia dengan Manusia [kemasyarakatan], dan;
  3. Manusia dengan Alam persekelilingannya.

Rangkuman keilmuan tersebut bersesuaian dengan namanya “Silat Firasah” yang mana pengtakrifannnya tidak sepertimana lazim digunapakai oleh hampir keseluruhan sistem persilatan masa kini.