Silat Gayung Penggerak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak (SPSGP), juga dipanggil dengan nama Silat Gayung Penggerak ialah sejenis Silat Gayong. Silat ini diasaskan pada tahun 1970 bertempat di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Guru Utama dan Pengasas perguruan adalah Pak Guru Hashim bin Ahmad. Silat ini hanya bergerak di sekitar Pulau Pinang sahaja terutama di bahagian barat daya pulau (Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Balik Pulau). Terdapat juga ahli SPSGP dari daerah lain seperti dari Seberang Perai dan Kedah (Kulim & Sg. Petani).

Adat & adab permainan[sunting | sunting sumber]

SPSGP menekankan lebih kepada latihan fizikal, latihan bermula dari bertapak, bertari sehinggalah bertempur. Perguruan ini tidak mengamalkan sistem bengkong seperti silat lain. Mata pelajaran Silat Gayung Penggerak terbahagi kepada:-

  • 2 gerak tari bunga sembah
  • 2 gerak tari rumah sembah
  • 5 gerak senaman
  • 13 gerak latihan asas
  • 10 gerak tepis & elak
  • 20 buah jatuh dan kuncian
  • 30 buah pukulan serempak
  • 7 permainan senjata (elak, kuncian, rampas)
  • kajian pukulan buah umum
  • pengisian rohani & kebatinan

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Tekpi merupakan senjata rasmi perguruan di dalam Silat Gayung Penggerak. Terdapat juga senjata lain yang digunakan oleh perguruan ini iaitu pisau, keris, rotan panjang, selengan (rotan pendek), parang, kerambit dan tumbuk lada.

Adab berguru[sunting | sunting sumber]

Antara adat yang masih diamalkan untuk menjadi ahli Silat Gayung Penggerak adalah membuat bekas sireh atau dipanggil majlis ijazah ahli baru.Di dalam majlis ini Guru Utama akan menyampaikan amanah ijazah kepada para gurulatih untuk mengijazahkan ahli baru.Sekiranya bilangan ahli baru yang kecil, ijazah akan dilakukan oleh Guru Utama sendiri.esetengah perguruan silat menamakan majlis ini sebagai majlis perlimau ataupun mandi tapak.

Peralatan majlis ijazah:

  • Sireh
  • Pinang
  • Kapur
  • Gambir
  • Limau purut
  • Akar sintok
  • Pisau lipat
  • Wang pengeras RM 10.25

Pautan luar[sunting | sunting sumber]