Simbol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah oktagon menjadi simbol "berhenti" mahupun tanpa perkataan.

Sebuah simbol ialah objek yang mewakili atau memberi maksud ataupun melambangkan, sebuah idea, imej visual, kepercayaan, tindakan, atau entiti material. Simbol mengambil bentuk perkataan, bunyi, gerak isyarat ataupun imej visual, dan digunakan untuk menyampaikan idea dan kepercayaan. Sebagai contoh, sebuah oktagon berwarna merah dapat menjadi simbol "BERHENTI". Pada peta, gambar garpu dan sudu mungkin melambangkan tempat makan. Angka ialah simbol bagi nombor. Nama peribadi pula simbol mewakili individu. Dalam kebudayaan Barat, mawar merah mewakili kasih sayang.

Dalam bidang kartografi, sebuah himpunan simbol yang teratur membentuk penunjuk.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.