Sinonim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.

Sebagai contoh perkataan jika sama ertinya dengan andai. Contoh lain ialah dekad dengan dasawarsa, atau tamadun dengan peradaban. 3) Perhubungan Sinonimi Perhubungan Sinonimi ialah perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya di dalam konteks yang berlainan. Factor-faktor yang mempengaruhi aspek ini adalah unsur-unsur seperti tahap formal atau tidak formal, unsur-unsur perbezaan dialek dan juga unsur-unsur tujuan penggunaan kata itu. Contoh:

  • Mati
    • Mampus
    • kojol
    • meninggal
    • wafat
    • mangkat
    • kembali ke rahmatullah
    • kerpus
    • modar
  • Basi
    • Rosak
    • busuk
  • Jemput
    • Pelawa
    • Undang
    • sila.

Sinonimi ialah unsur yang selalu di dapati di semua bahasa dan konteks yang berlainan, mewujudkan perhubungan sinonimi yang berbeza di antara satu bahasa dan lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.