Sistem Auditan Berteraskan OTI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej.

Sistem Auditan Hasilan Berteraskan OTI ialah satu sistem berasaskan Program Auditan Hasilan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang dilancarkan ke seluruh sekolah rendah di negeri Terengganu Darul Iman oleh Tuan Haji Zubir bin Embong, Penolong Pengarah Unit KBSR, Sektor Pengurusan Akademik pada tahun 2000. Program Auditan Hasilan Berteraskan OTI adalah idea asal Dato' Rahim bin Tahir semasa beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu pada tahun 1995. Ketika itu program ini dilaksana secara manual oleh sekolah-sekolah di negeri Terengganu dan guru-guru terbeban membuat pelbagai pengiraan dan analisis.

Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda telah mengambil inisiatif membina Sistem Auditan Hasilan Berteraskan OTI berasaskan ICT untuk memudahkan guru-guru melaksanakan program tersebut dengan lebih berkesan.