Sistem Maklumat Murid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sistem Maklumat Murid merupakan perisian pangkalan data murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem perisian ini berasaskan software Microsoft Access. Kementerian Pelajaran Malaysia membekalkan setiap sekolah rendah dan menengah di Malaysia dengan Sistem Maklumat Murid dan dikendalikan oleh guru data, sejak 2005.

Guru tidak perlu lagi mengisi maklumat yang sama mengenai murid menggunakan borang biasa berulang kali . Penggunaan teknologi maklumat dapat memudahkan urusan berkenaan, dengan maklumat boleh diketahui segera.

Sistem Maklumat Murid versi 4 dilancarkan pada 24 Julai 2009 oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim di Pulau Pinang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]