Skandal Foto Edison Chen
Skandal foto Edison Chen ialah skandal media pada awal tahun 2008 yang membabitkan pelakon lelaki Hong Kong dan pelbagai pelakon wanita termasuklah Gillian Chung Yan-tung, Bobo Chan Man-woon, dan Cecilia Cheung Pak-zhi.[1]
Pada penghujung bulan Januari 2008, "gambar-gambar yang agak lucah" yang memaparkan Chen dan aktres-aktres tersebut beredar di internet. Skandal itu menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar tempatan selama beberapa minggu,[2] dan menjadi berita antarabangsa.
Di sebalik penerimaan bantuan daripada Interpol, polis Hong Kong tidak mampu membendung penyebaran gambar-gambar itu.[3] Pada 12 Februari 2008, 10 orang telah ditahan kerana terlibat dalam penyebaran gambar-gambar itu.[4] Tindakan keras polis itu sebaliknya meningkatkan persoalan terhadap pelanggaran hak-hak privasi dan kebebasan bersuara para pengguna internet.[5] Cara para pelakon yang terlibat, pihak pengurusan mereka dan polis mengendalikan situasi itu hanya menyebabkan mereka yang ditahan bertukar kepada hero dan syahid bagi sesetengah warga internet (netizen).[6]
Chen mengakui bahawa gambar-gambar itu ditangkapnya dan dimilikinya, dan menyatakan bahawa gambar-gambar peribadi itu telah dicuri dan disiarkan secara haram tanpa keizinannya. Dia memohon maaf secara terbuka terutamanya pada wanita-wanita yang terbabit, dan juga mengumumkan bahawa dia akan "berundur secara mutlak" daripada industri hiburan Hong Kong.[7]
Sejarah [sunting]
Pautan luar [sunting]
Trend-trend Google mengenai pencarian tentang pihak-pihak yang terlibat dalam skandal ini
Rujukan [sunting]
- ↑ Post Chronicle (2008-02-04). "Cecilia Cheung Nude, Gillian Chung Fellatio Photo In Edison Chen Scandal". http://www.postchronicle.com/news/original/article_212128810.shtml. Capaian 2008-02-04.
- ↑ Patrick Frater (04 February 2008). ""HK police arrest 7 more in celebrity porn scandal"". Variety (Asia). http://www.varietyasiaonline.com/content/view/5426/53/. Capaian 2008-02-04.
- ↑ "網頁極速蔓延 淫照難盡剷" (dalam Bahasa Traditional Chinese). Wen Wei Po. 2008-02-01. http://paper.wenweipo.com/2008/02/01/YO0802010004.htm. Capaian 2008-02-04.
- ↑ "Eight now held in Internet sex probe". The Standard. 2008-02-04. http://www.thestandard.com.hk/news_detail.asp?pp_cat=12&art_id=61125&sid=17431562&con_type=3. Capaian 2008-02-04.
- ↑ "一哥:藏裸照供發布可拉人" (dalam Bahasa Traditional Chinese). sina.com.hk. 2008-02-03. http://news.sina.com.hk/cgi-bin/nw/show.cgi/2/1/1/629150/1.html. Capaian 2008-02-08.
- ↑ "網民支持發照者 批警方偏袒 學者:網絡暴力作祟" (dalam Bahasa Traditional Chinese). Phoenix TV. 2008-02-01. http://news.sina.com/oth/phoenixtv/502-104-103-108/2008-02-01/00112643396.html. Capaian 2008-02-04.
- ↑ Nickkita Lau (22 February 2008). ""Edison bows out on sorry note"". The Standard. http://www.thestandard.com.hk/news_detail.asp?pp_cat=12&art_id=61938&sid=17712230&con_type=5&d_str=20080222&sear_year=2008. Capaian 22 February 2008.