SmartTAG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SmartTAG atau Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol adalah alat pemancar data inframerah dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan yang berfungsi bersama Touch 'n Go, sistem pembayaran elektronik kad pintar tanpa sentuh. Ia digunakan secara khusus untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya.

Maklumat lanjut mengenai Touch 'n Go dan tambah nilai, sila rujuk halaman Touch 'n Go.

SmartTAG berfungsi bersama kad Touch 'n Go.Versi Besar: SmartTAG • Kad Touch 'n Go SmartTAG berfungsi bersama kad Touch 'n Go.Versi Besar: SmartTAG • Kad Touch 'n Go
SmartTAG berfungsi bersama kad Touch 'n Go.
Versi Besar: SmartTAGKad Touch 'n Go

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

SmartTAG dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd.

Sebelum pengenalan SmartTAG, terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik pandu terus seperti FasTrak, PLUS TAG dan Saga TAG. SmartTAG mula diperkenalkan pada 15 Mac 1999 apabila PLUS Expressways Berhad mengantikan sistem kutipan tol elektronik pandu terus PLUS TAG di lebih 20 buah plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan kemudian diperluaskan ke 4 buah plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

Pada bulan Disember 2003, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pengendali lebuh raya bertol bertukar kepada kemudahan sistem pembayaran elektronik SmartTAG dan Touch 'n Go bagi mengantikan semua sistem kutipan tol elektronik pandu terus yang lain bagi memudahkan para pengguna. Keputusan tersebut secara tidak langsung menjadikan Rangkaian Segar Sdn Bhd satu-satunya pengendali kutipan tol elektronik di Malaysia pada Julai 2004.

Ciri-ciri SmartTAG[sunting | sunting sumber]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tambang tol[sunting | sunting sumber]

Kegunaan utama SmartTAG adalah untuk membayar tambang tol melalui sistem kutipan tol elektronik pandu terus. Di Malaysia, terdapat dua jenis sistem tol iaitu sistem tol tertutup dan terbuka.

Sistem tol tertutup[sunting | sunting sumber]

Sistem tol tertutup memerlukan pengguna lebuhraya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat bayaran tambang tol di plaza tol keluar. Kadar bayaran tambang tol ditentukan mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di plaza-plaza tol yang berkenaan.

Panduan pembayaran[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol tertutup.

Lorong SmartTAG di lebuh raya
Plaza Tol Masuk
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
  2. Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
  3. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  4. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  5. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  6. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  7. Baki kad dipaparkan di panel paparan tambang tol
  8. Penghadang tol automatik akan terbuka
  9. Teruskan perjalanan
Plaza Tol Keluar
  1. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  2. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  3. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  4. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  5. Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
  6. Penghadang tol automatik akan terbuka
  7. Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol tertutup[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol tertutup yang menyediakan kemudahan SmartTAG.

30px 30px Lebuhraya Utara-Selatan
30px Lebuhraya Baru Lembah Klang
Mes-e6.png Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
Mes-e8.png Lebuhraya Pantai Timur

Sistem tol terbuka[sunting | sunting sumber]

Sistem tol terbuka memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Kadar tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan oleh pengendali lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di setiap plaza tol yang dilalui.

Panduan pembayaran[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol terbuka.

Plaza Tol
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
  2. Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
  3. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  4. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  5. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  6. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  7. Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
  8. Penghadang tol otomatik akan terbuka
  9. Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol terbuka[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol terbuka yang menyediakan kemudahan SmartTAG.

30px Jambatan Pulau Pinang
30px Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura
Mes-e5.png Lebuhraya Shah Alam
Mes-e7.png Lebuhraya Cheras-Kajang
Mes-e8.png Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Mes-e9.png Lebuhraya Sungai Besi
Mes-e10.png Lebuhraya Pantai Baru
Mes-e11.png Lebuhraya Damansara-Puchong
Mes-e12.png Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
Mes-e15.png Lebuhraya Butterworth-Kulim
Mes-e18.png Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang
Mes-e23.png Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat
Mes-e29.png Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Mes-e35.png Lebuhraya Koridor Guthrie
Mes-e38.png Terowong SMART

Tambah nilai[sunting | sunting sumber]

SmartTAG berfungsi bersama dengan kad Touch 'n Go. Oleh yang demikian pengguna SmartTAG perlu memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi memastikan kelancaran sistem SmartTAG. Bagi kaedah tambah nilai kad Touch 'n Go, sila rujuk halaman Touch 'n Go.

Fakta ringkas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]