Sosiologi pendidikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sosiologi

Portal · Sejarah

Aspek am

Sosiologi awam · Penyelidikan sosial
Teori sosial · Teori sosiologi
Amalan sosiologi

Bidang dan subbidang berkait

Demografi · Kriminologi
Pergerakan sosial · Psikologi sosial
Sosiolinguistik · Sosiologi perbandingan
Sosiologi:   agama · budaya
ekonomi · jantina · kerja · lencongan
pendidikan · pengetahuan
penstrataan · politik · sains
undang-undang

Kategori & Senarai
Jurnal · Terbitan · Topik

Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa. [1]

Pada dasarnya, pendidikan dilihatkan sebagai suatu usaha manusia yang optimistik yang dicirikan oleh cita-cita untuk mencapai kemajuan dan kebaikan.[2] Banyak orang memahaminya sebagai cara untuk mengatasi hambatan dan merapatkan jurang ketaksamaan,[3] serta juga untuk memperoleh kekayaan dan status.[3] Pendidikan juga dilihatkan sebagai tempat di mana kanak-kanak dapat berkembang mengikut keperluan dan potensi sendiri.[2] Pendidikan harus bertujuan untuk mengembangkan setiap individu sehingga potensinya yang penuh dan memberikan mereka peluang untuk mencapai sebanyak yang boleh dalam kehidupan mereka, sejajar dengan keupayaan sejadi mereka. Bagaimanapun, visi ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, menurut banyak ahli sosiologi, kenyataannya adalah bahawa pendidikan memiliki matlamat yang lebih besar daripada peringkat individu dan bertujuan untuk mengekalkan kestabilan sosial menerusi pengeluaran semula sosial terhadap ketaksamaan. Apakah matlamat kestabilan in berbeza-beza, bergantung kepada sudut pandangan sosiologi yang digunakan untuk menghadapi persoalan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gordon Marshall (ed) A Dictionary of Sociology (Article: Sociology of Education), Oxford University Press, 1998
  2. 2.0 2.1 Schofield, K. (1999). The Purposes of Education, Queensland State Education: 2010 Dicapai pada 28 Okt 2002.
  3. 3.0 3.1 Sargent, M. (1994) The New Sociology for Australians (3rd Ed), Longman Chesire, Melbourne