Sotong Katak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sotong Katak
Sepia latimanus, East Timor
Pengelasan saintifik
Suborder dan Famili

Sotong Katak (bahasa Inggeris:Cuttlefish) ialah haiwan laut dalam order Sepiida. Sotong katak tergolong dalam kelas Cephalopoda (yang juga termasuk sotong, kurita, dan nautilus). Kajian terkini menunjukkan sotong katak merupakan antara invertebrata yang paling bijak.[1] Sotong katak juga mempunyai salah satu daripada kadar otak terbesar dalam semua invertebrata berbanding saiz badannya.[1]

Sotong katak mempunyai cangkerang dalaman (tulangnya), pupil berbentuk W yang besar, dan lapan lengan dan dua tentakel dengan penghisap bergigi kecil, digunakan untuk menangkap mangsanya. Sotong katak biasanya ada pelbagai saiz daripada 15 cm (5.9 in) hingga 25 cm (9.8 in), dengan spesies terbesar, Sepia apama, mencapai 50 cm (20 in) dalam panjang mantel dan beratnya melebihi 10.5 kg (23 lb).[2]

Sotong Katak Broadclub (Sepia latimanus) ini dapat bertukar warna daripada warna sawo matang dan perang (atas) ke kuning dengan gelap (bawah) dalam kurang daripada satu saat.
Sotong Katak Pfeffer's Flamboyant dari Sipadan, Malaysia
Sepia officinalis dari perairan Turki
Gambar dekat mata sotong katak
Anak sotong katak melindungi dirinya dengan penyamaran

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 NOVA, 2007. Cuttlefish: Kings of Camouflage. (television program) NOVA, PBS, April 3, 2007.
  2. Reid, A., P. Jereb, & C.F.E. Roper 2005. Family Sepiidae. In: P. Jereb & C.F.E. Roper, eds. Cephalopods of the world. An annotated and illustrated catalogue of species known to date. Volume 1. Chambered nautiluses and sepioids (Nautilidae, Sepiidae, Sepiolidae, Sepiadariidae, Idiosepiidae and Spirulidae). FAO Species Catalogue for Fishery Purposes. No. 4, Vol. 1. Rome, FAO. pp. 57–152.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Edible molluscs