Souroud-e-Melli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pashto: ملی سرود
Dari: سرود ملی
Emblem of Afghanistan.svg
Maklumat am
Negara  Afghanistan
Penulis Abdul Bari Jahani
Penggubah Babrak Wassa
Diterima pakai 2006
Sampel muzik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Souroud-e-Melli (Lagu Rakyat) adalah lagu kebangsaan Afghanistan dan dirasmikan pada Mei 2006 yang digubah untuk menandakan era baru dalam negara Afghanistan (pemerintahan demokrasi). Namun dalam hal membuat lagu yang baru itu, perlembagaan baru Afgahnistan memberi syarat bahawa liriknya harus mengandungi kata-kata " الله اکبر Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) dan juga menyebut nama kumpulan-kumpulan etnik utama di Afghanistan. Bahasa lagu ini harus di dalam bahasa Pashtu.

Lirik telah ditulis oleh Abdul Bari Jahani, seorang rakyat Amerika keturunan Afghan yang tinggal di Washington D.C dan muzik oleh Babrak Wasa yang menetap di Jerman. Lagu kebangsaan Afghanistan yang sebelum ini juga bertajuk Souroud-e-Melli tetapi dengan lirik yang lain.

Lirik terjemahan Lirik asal Lirik rumi
(Bahasa Melayu)
Tanah ini adalah Afghanistan
Kebanggaan setiap rakyatnya
Tanah keamanan, tanah pedang
Anak-anaknya gagah berani
Ini adalah negara untuk setiap kaum
Tanah milik Balooch, dan Uzbek
Pashtoon, dan Hazara
Turkman dan Tajik
dengan mereka, Arab dan Gojar
Pamirian, Nooristanian
Barahawi, dan Qizilbash
Juga Aimaq, dan Pashaye
Tanah ini akan bersinar selamanya
Seperti matahari di langit biru
Di dada Asia
Ia akan kekal sebagai jantungnya selamanya
Dan kami akan turuti Tuhan yang satu
Kami semua berkata, "Allah Maha Besar"
Kami semua berkata, "Allah Maha Besar"
Kami semua berkata, "Allah Maha Besar"
(Lirik asal Bahasa Pashtu)

دا وطن افغانستان دی دا عزت د هر افغان دی

کور د سولی کور د توری هر بچی یی قهرمان دی

دا وطن د تولو کور دی د بلوچو د ازبکو

د پشتون او هزاره وو د ترکمنو د تاجکو

ورسره عرب، گوجر دی پامیریان، نورستانیان

براهوی دی، قزلباش دی هم ایماق، هم پشه ییان

دا هیواد به تل زلیژی لکه لمر پرشنه آسمان

په سینه کی د آسیا به لکه زره وی جاویدان

نوم د حق مودی رهبر وایو الله اکبر وایو الله اکبر


(Tulisan rumi)
Daa watan afghanistan di
Daa ezzat de har afghan di
kor de soli kor de tori
har bachi ye qahraman di
daa watan di tolo kor di
de balocho, de uzbako
de pashtoon aw hazarwoo
de turkmano de tajeko
worsara arab, gojar di
pamirian, noristanian
barahawi di, qizilbash di
ham aimaq, ham pashaiyean
daa hiwan ba til zaligi
laka limar pa eshna aasman
pa sina ki de asia
laka zera wi jawidan
noom de haq mo di rahbar
wayoo Allah o Akbar, wayoo Allah o Akbar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]