Speedy Gonzalez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Speedy Gonzales

Speedy Gonzales (atau González), adalah satu watak kartun animasi yang dicipta oleh Warner Brothers untuk siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies.

Karektor[sunting | sunting sumber]

Speedy boleh berlari dengan amat pantas dan mempunyai pelat ataupun aksen percakapan gaya Mexico. Selalunya dia memakai sebuah sombrero berwarna kuning dan berbaju dan berseluar warna putih.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Speedy mula muncul tahun 1953 di dalam epison kartun Cat-Tails for Two yang diarahkan oleh Robert McKimson. Watak asal Speedy Gonzalez lebih mudah, lebih kurus dan lebih kelihatan seperti tikus dan mempunayi gigi hadapan bersalut emas.

2 Tahun kemudian, Friz Freleng dan animator Hawley Pratt membuat olahan semula watak Speedy Gonzalez seperti wataknya yang ada sekarang. Watak baru ini mula muncul dalam episod "Speedy Gonzalez" arahan Friz Freleng dan dibintangi oleh Sylvester, watak kucing yang masyhur itu, yang menggangu sekumpulan tikus. Tikus-tikus tersebut meminta bantuan Speedy Gonzalez dengan teriakan "¡Arriba! ¡Arriba! ¡Ándale! ¡Ándale!" (disuarakan oleh Mel Blanc). Sylvester kemudiannya mendapat balasan sewajarnya. Kartun ini memenangi anugerah Best Short Subject di Anugerah Akademi tahun 1955.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Dalam tahun 1962, penyanyi Pat Boone berjaya menyanyikan lagu hit bertajuk "Speedy Gonzales".