Sultan Abu Syahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Abu Syahid atau nama sebenarnya Raja Ibrahim ialah Sultan Melaka ke-4. Baginda memerintah dari 1444 hingga 1446.

Pelantikan Raja Ibrahim sebagai Sultan Melaka ke-4 kurang disenangi kerana baginda terlalu muda dan mentah. Pengaruh Raja Rekan dalam menentukan pentadbiran baginda dan ura-ura bahawa Raja Rekan mahu menjadikan Melaka sebagai jajahan Rekan kurang disenangi oleh para pembesar. Hal ini menjadi buah mulut orang ramai.

Pakatan Raja Kasim bersama-sama Datuk Seri Nara Diraja Tun Ali, Tun Perpatih Serdang dan Datuk Bendahara Seri Amar Diraja, ikuti dengan pahlawan-pahlawan melanggar istana pada waktu malam untuk memastikan pengaruh kekuasaan Raja Rekan ditamatkan.

Ketika usaha untuk menyelamatkan Raja Ibrahim, Raja Rekan tidak berenggang dengan baginda. Mereka menikam Raja Rekan sehingga mati.

Namun, Raja Ibrahim sempat ditikam pula oleh Raja Rekan sebelum mati. Peristiwa ini mendukacitakan Raja Kasim.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Tun Perak: Pencetus Wawasan Empayar Melaka, Muhd. Yusof Ibrahim, 2009: Tinta Publishers, Kuala Lumpur


Penyandang Terdahulu Sultan Melaka ke-4
1444 – 1446
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad Shah, Melaka Sultan Muzaffar Syah

Namun ada juga pendapat mengatakan Raja Kassim telah berpakat dengan Tun Ali bagi menjatuhkan Raja Ibrahim yang menjadi Sultan pada ketika itu. Tun Ali telah bertindak meracun Raja Ibrahim sekeluarga