Hinduisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuil Hindu di Malaysia.

Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan yang tidak mempunyai pengasas, kitab, atau bandar suci yang utama.[1][2]. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.

Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.[3]

Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.[4]


Isi kandungan

[sunting] Etimologi

Dalam Bahasa Parsi,kata Hindu berakar dari kata Sindhu (Bahasa Sanskerta).[5] Dalam Reg Weda, bangsa Arya menyebut wilayah mereka sebagai Sapta Sindhu (wilayah dengan tujuh sungai di barat daya benua India, yang salah satu sungai tersebut bernama sungai Indus).Hal ini mendekati dengan kata Hapta-Hendu yang terkandung dalam Zend Avesta (Vendidad: Fargard 1.18) - sastera suci dari kaum Zoroaster di Iran. Pada awalnya kata Hindu merujuk pada masyarakat yang hidup di wilayah sungai Sindhu. Hindu sendiri sebenarnya baru terbentuk setelah Masihi ketika beberapa kitab dari Weda digenapi oleh para brahmana. Pada zaman munculnya agama Buddha, agama Hindu sama sekali belum muncul semuanya masih mengenal sebagai ajaran Weda.

[sunting] Kepercayaan Hindu

Teks Hindu
Aum.svg
Śruti

Smriti

Kotak ini: papar  bincang  sunting

Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak Dewa, namun tidaklah sepenuhnya demikian. Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri. Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya.Dalam salah satu ajaran falsafah Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahawa hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang ada (Brahman), yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam pelbagai bentuk.Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, iaitu:

  1. Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
  2. Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
  3. Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
  4. Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran semula (kelahiran semula)
  5. Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).

Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu

Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

  • Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
  • Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.
  • Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

[sunting] Kitab-kitab utama

Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau ajaran asas agama Hindu. Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manu menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial. Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.

Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. Rama merupakan simbol dharma (amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan adiknya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang anasir yang jahat yang tamak dan mempunyai sepuluh(10) kepala (RAVANAN). Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.

[sunting] Toleransi umat Hindu

Agama ini mempunyai ciri khas sebagai salah satu agama yang paling toleransi, yang mana di dalam kitab Weda dalam salah satu baitnya memuatkan ayat berikut:

Sanskrit: एकम् सत् विप्रा: बहुधा वदन्ति
Alihaksara: Ekam Sat Vipraaha Bahudhaa Vadanti
Bahasa Mealyu:"Hanya ada satu kebenaran tetapi para orang pandai menyebut-Nya dengan banyak nama."
Rg Weda (Buku I, Gita CLXIV, Bait 46)

Dalam pelbagai pustaka suci Hindu, banyak terdapat sloka-sloka yang mencerminkan toleransi dan sikap yang adil oleh Tuhan. Umat ​​Hindu menghormati kebenaran dari mana pun datangnya dan menganggap bahawa semua agama bertujuan sama, iaitu menuju Tuhan, namun dengan pelbagai sudut pandang dan cara pelaksanaan yang berbeza. Hal itu dinyatakan dalam kitab suci mereka sebagai berikut:

samo ‘haṁ sarva-bhūteṣu na me dveṣyo ‘sti na priyah
ye bhajanti tu māṁ bhaktyā mayi te teṣu cāpy aham
-(Bhagawadgita, IX:29)

erti: Aku tidak pernah iri dan selalu bersikap adil terhadap semua makhluk. Bagi-Ku tidak ada yang paling Ku-benci dan tidak ada yang paling Aku kasihi. Tetapi yang berbakti kepada-Ku, dia berada pada-Ku dan Aku bersamanya pu

[sunting] Hinduisme di Bali

Rencana utama: Hinduisme di Bali

Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India, namun yang sampai di Bali adalah Veda Catur dan Veda Qirah yang sehingga saat ini masih diguna oleh Pemangku atau Pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika menjalani kewajiban mereka. Di samping Veda yang juga dikenali sebagai kitab-kitab Purana dan yang membincangkan peranan Moralitas, terdapat juga mahakarya-mahakarya seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita topeng, drama, opera, balet dan lain-lain sebagai pengungkapan ajaran agama Hindu. Kepercayaan masyarakat Hindu Bali adalah kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia.

[sunting] Pautan luar

Dengar rencana ini (4 bahagian) · (info)
Bahagian 1 · Bahagian 2 · Bahagian 3 · Bahagian 4
Spoken Wikipedia
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2006-03-03, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)


Topik-topik Hinduisme
Śruti: Veda · Upanishad · Śrouta
Smriti: Itihasa (Ramayana, Mahabharata, Bhagavad Gita) · Puranas · Sutras · Agama (Tantra, Yantra) · Vedanta
Konsep: Avatar · Atman · Brahman · Kosas · Dharma · Karma · Moksha · Maya · Ishta-deva · Murti · Penjelmaan semula · Samsara · Tattva · Trimurti · Turiya · Guru
Falsafah: Aliran fikiran · Hinduisme awal · Samkhya · Nyaya · Vaisheshika · Yoga · Mimamsa · Vedanta · Tantra · Bhakti · Carvakas
Upacara amal: Jyotish · Ayurveda · Aarti · Bhajan · Darshan · Diksha · Mantera · Puja · Satsang · Stotras · Perkahwinan · Yajna
Guru dan santo: Shankara · Ramanuja · Madhvacharya · Ramakrishna · Vivekananda · Narayana Guru · Aurobindo · Ramana Maharshi · Sivananda · Chinmayananda · Sivaya Subramuniyaswami · Swaminarayan · Prabhupada · Lokenath
Mazhab: Vaishnavisme · Syaivisme · Syaktisme · Smartisme · Gerakan Hindu sezaman
Dewa Hindu: Senarai dewa-dewi Hindu · Mitologi Hindu
Yuga: Yuga Satya · Yuga Treta · Yuga Dvapara · Yuga Kali
Kasta: Brahmin · Kshatriya · Vaishya · Shudra · Dalit
p·b·s
Perayaan dalam takwim Hindu HinduSwastika.svg
Pongal | Holi | Ugadi | Rama Navami | Krishna Janmaashtami | Onam | Ganesh Chaturthi | Vaisakhi | Navratri | Durga Puja | Vijayadashami | Dasara | Diwali | Durga puja |Thaipusam | Maha Shivaratri | Ekadasi | Vaikunta Ekadasi | Mahalakshmi vrata | Raksha Bandhan | Bhai-Dooj/Bhau-Beej
p·b·s


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain