Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Sultan Sulaiman
Sultan Selangor
Pemerintahan 1898 - 1938
Pendahulu Sultan Abdul Samad
Raja Muda Tunku Musa'eddin
Tengku Alam Shah
Anakanda
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Nama penuh
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
Ayahanda Raja Muda Musa
Keputeraan 11 September 1863(1863-09-11)
Kuala Selangor, Selangor
Kemangkatan 31 Mac 1938 (umur 72)
Klang, Selangor
Agama Islam

Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938.[1][2] Baginda adalah putera kepada Raja Muda Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur.[3] Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.[4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sultan Sulaiman mempunyai lima orang adinda iaitu YM Raja Yahya Sani, YM Raja 'Abdu'l Murad, YM Raja Muhammad Tahir, YM Raja Taksiah dan YM Raja Chik.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-

  1. Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Marhum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Musa'eddin, Tengku Badar Shah dan 4 orang puteri[5].
  2. 1910 - berkahwin dengan Raja Zubaidah, puteri Raja Muda Perak.[6]
  3. Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, orang kebanyakan. Dikurniakan seorang putera bernama Tengku Alam Shah.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. J.M Gullick, 2004, m/s 225
  2. "Sultan Sulaiman Selangor : Sultan yang mengasihi ulama". Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Diperoleh pada 2010-1-8. "Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun." 
  3. J.M Gillick, 2004, ms 163
  4. J.M Gillick, 2004, ms 158
  5. J.M Gullick, 2004, ms 167 - 168
  6. J.M Gullick, 2004, ms 174

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102. 


Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
18981938
Penyandang Kemudian
Sultan Sir Abdul Samad Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj