Sultan Asyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sayyid Ibrahim
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan18111827
Nama penuhSultan Sayyid Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin
GelaranYang Dipertuan Besar Siak
PendahuluSultan Sayyid Ali
PenggantiSultan Sayyid Ismail
DinastiMalaka/Parameswara Arab Alawi

Sultan Asyaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin merupakan sultan kelapan dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1810 sehingga 1815. Baginda merupakan putera Sultan VII yang bernama Ibrahim. Beliau mangkat pada tahun 1815 dan digelar Marhum Mempura Kecil.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Setelah ayahanda beliau, Sultan Sayyid Ali turun takhta pada tahun 1811, ia ditabalkan dengan gelaran Sultan Assaidis Syarif Ibrahim Abdul Jalil Khaliluddin Syah dan memerintah dari tahun 1811-1827.

Pada masa itu, Siak mengalami penurunan sehingga banyak orang berpindah ke pulau-pulau seperti Bintan, Lingga, Tambelan dan bahkan ke Trengganu dan Pontianak. Pada 31 Ogos 1818, beliau menandatangani perjanjian perdagangan dengan Kolonel William Farquhar (Ketua Perwakilan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang). Ternyata Inggeris juga tertarik untuk menanamkan pengaruh di Siak. Belanda yang tidak menyukai rancangan itu, segera menghantar Kapten D. Buys untuk menandatangani perjanjian dengan Siak pada 1822. Perjanjian yang berlangsung di Bukit Batu ini, memperbaharui kontrak perdagangan 1761 yang menyatakan bahwa Siak tidak diizinkan masuk ke dalam ikatan perdagangan dengan negara selain Belanda. Perjanjian itu diterima oleh sultan kerana tekanan dari Belanda, walaupun banyak pejabat Siak tidak setuju.[1]

Tahun 1823 Inggeris mengutus Anderson untuk mengukuhkan perjanjian lalu dengan Farquhar. Selepas pulang dari Siak, Anderson membawa surat dari Sultan Sayyid Ibrahim kepada Gabenor Philips di Pulau Pinang, yang menyatakan bahawa sultan tidak membenarkan Belanda dan negara-negara lain untuk menduduki dan menaikkan bendera mereka di Siak. Anderson kemudiannya ditegur oleh Philips kerana misinya kepada Siak adalah untuk perdagangan, bukan urusan diplomatik. Philips kemudian membalas surat sultan yang menegaskan bahawa niat mereka hanya untuk memperkuat perjanjian dengan Farquhar untuk tidak mengikat pakatan politik.[2]

Tindakan Anderson tersebut didengar oleh Belanda yang terus menghantar Minyoot guna berunding dengan sultan untuk merubah kontrak tahun 1822. Sultan menafikan telah mengikat perikatan dengan Anderson dan mengulur waktu dan janji untuk menghantar utusan kepada Gubernur Belanda di Melaka. Konflik Belanda dan British berakhir dengan Perjanjian London pada 17 Mac 1824.[3]

Kelemahan Sultan dalam berurusan dengan Belanda mencetuskan rasa tidak puas hati dari pihak diraja. Ini mungkin disebabkan oleh kelemahan fizikal sultan yang sering sakit dan mental terganggu selepas kematian bapanya, Sayyid Ali. Maka pada tahun 1877, pihak berkuasa diraja bersama Sultan Hasyim dari Pelalawan bersidang untuk menjatuhkan sultan dan melantik Tengku Ismail, putra Tengku Muhammad, sebagai Sultan baru.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  2. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  3. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
  4. ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.

Senarai kepustakaan[sunting | sunting sumber]

  • Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
  • Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
  • Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura

Didahului oleh
Sultan Sayyid Ali
Sultan Siak Sri Inderapura
1811 - 1827
Diikuti oleh:
Sultan Sayyid Ismail