Sultan Phaya Long Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Long Muhammad
ibni Tengku Raja Muda Ismail
Raja Pattani
Dalam jawatan
1845–1856
Digantikan olehTengku Besar Long Puteh, Tengku Ahmad ibni almarhum Sultan Muhammad I
Menteri Besar Kelantan ke-3
Dalam jawatan
1835–1838
SebagaiTuan Besar Raja Muda Ismail
Didahului olehWan Mahmud bin Ibrahim
Digantikan olehEngku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar
Butiran peribadi
Meninggal dunia1856
BapaTengku Long Ismail ibni almarhum Sultan Long Yunus

Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad ibni Tengku Raja Muda Ismail, juga digelar sebagai Tuan Besar ialah seorang Raja dan Sultan di Pattani Darussalam.

Long Muhammad ialah anakanda sulung kepada Raja Muda Kelantan, Tengku Long Ismail ibni almarhum Sultan Long Yunus yang menjadi Gabenor atau Raja bagi Kampong Laut.

Sebelum dilantik menjadi Sultan, baginda telah menjadi Menteri Besar Kelantan pada zaman pemerintahan Long Jenal ibni Long Yunus dan Sultan Muhammad II (Long Senik).

Menjadi raja Pattani[sunting | sunting sumber]

Long Muhammad merupakan sultan dan raja pertama bagi Dinasti Tuan Besar yang memerintah Kesultanan Pattani, yang dilantik Siam pada 1845 pascaperang saudara yang berlaku akibat penjajahan Siam ke atas wilayah Pattani sebelum daripada itu[1].

Semasa pentadbiran baginda, pihak berkuasa kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbiran mereka terhadap negeri-negeri Melayu di Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadi naungan mereka. Pentadbiran Bangkok juga mula memberi kuasa penuh kepada raja-raja Melayu tempatan untuk menguruskan pentadbiran dalam negeri tanpa campur tangan pegawai tadbir Siam[2].

Raja-raja Melayu hanya dikehendaki menghantar ufti bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali dengan ikrar tidak akan menderhaka, selain membekalkan senjata, tenaga manusia dan bahan keperluan jika kerajaan Siam menghadapi peperangan. Berikutan perubahan dasar itu, keamanan wujud di negeri-negeri Melayu yang terlibat buat beberapa dekad[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MOHD FADLI GHANI (Januari 7, 2019). "Salasilah Kesultanan Pattani". Harakahdaily. Dicapai pada 8 Mei 2022.
  2. ^ a b Mohd Zamberi A. Malek (1994). Patani dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 8. ISBN 983-62-4121-3.