Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yahya
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan17811791
Nama penuhSultan Yahya Abdul Jalil Muzzafar Syah
GelaranYang Dipertuan Besar Siak
DimakamkanDungun, Malaysia
PendahuluSultan Ismail
PenggantiSultan Sayyid Ali
DinastiMalaka/Parameswara
AyahandaSultan Ismail

Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (mangkat 1784) merupakan sultan keenam dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1782 sehingga 1784 setelah memerintah hanya selama lebih kurang tahun. Baginda mangkat pada tahun 1784 dengan gelaran Marhum Mangkat di Dungun.

Fail:MESJID SULTAN YAHYA ABDUL JALIL MUZAFFAR SYAH.jpg
Masjid Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah di Minas, Siak.

Naik Takhta[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail mangkat pada tahun 1781 dan ditaballah puteranya Tengku Yahya dengan gelar Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah. Karena baginda belum dewasa, dilantiklah bekas sultan Tengku Muhammad Ali sebagai wali sultan dalam kurun waktu 1781-1782 hingga akhirnya kuasa berpindah kepada Sultan Yahya pada tahun 1782.[1]

Menurun Takhta[sunting | sunting sumber]

Sultan Yahya memindahkan ibu kota dari Senapelan ke Mempura kerana pertikaian antara beliau dengan Sayyid Ali. Sayyid Ali mendapat sokongan daripada Tengku Muhammad Ali kerana merupakan panglima besar baginda semasa beliau menjadi sultan dahulu dan juga merupakan anak saudari beliau sendiri. Dengan sokongan daripada pembesar-pembesar kerajaan, Sayyid Ali berjaya menyingkirkan Sultan Yahya yang dianggap lemah dan tidak cakap dalam memerintah. Sultan Yahya kemudian melarikan diri ke Kampar, kemudian Trengganu, hingga akhirnya mangkat di Dungun, Terengganu pada tahun 1791.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.

Daftar kepustakaan[sunting | sunting sumber]

  • Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
  • Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
  • Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sultan Ismail
Sultan Siak Sri Inderapura
1781 - 1791
Diikuti oleh:
Sultan Sayyid Ali