Sungai Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Singapura mengalir melalui Singapura.

Sungai Singapura merupakan satu sungai kecil yang memainkan sejarah penting di Singapura. Sungai Singapura mengalir daripada Kawasan Tengah, yang terletak di Wilayah Tengah di bahagian selatan Singapura sebelum mengalir ke laut. Legeh (lembangan) atas Sungai Singapura dikenali sebagai Kawasan Perancangan Sungai Singapura, meskipun bahagian utara legeh itu menjadi Lembah Sungai. Disebabkan Kawasan Tengah adalah pusat perniagaan, hampir semua kawasan di sekitar sungai itu adalah kawasan komersil. Sungai ini adalah salah satu daripada 90 sungai di Singapura dan pulau-pulaunya. Ia adalah tempat di mana Raffles mendirikan pelabuhan perdagangan pertama di Singapura. Sungai Singapura merupakan sungai paling terkenal di Singapura.