Syarikat Hindia Timur Denmark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syarikat Hindia Timur Denmark merujuk kepada dua syarikat berasingan. Syarikat pertama beroperasi dari tahun 1616 sehingga 1650. Syarikat kedua pula beroperasi di antara tahun 1670 dan 1729. Walau bagaimanapun, syarikat ini diasas semula sebagai Syarikat Asiatik (Asiatisk Kompagni).

Syarikat pertama[sunting | sunting sumber]

Kubu Dansborg di Tranquebar dibina oleh Ove Gjedde pada 1620.

Syarikat pertama Syarikat Hindia Timur Denmark telah diasaskan pada tahun 1616 di bawah pemerintahan Christian IV dan beliau fokus pada perdagangan di India. Ekspedisi pertama di bawah Laksamana Gjedde mengambil masa dua tahun untuk tiba di Ceylon yang telah kehilangan sebahagian krewnya. Setibanya beliau di sana, kepulauan tersebut telah dimiliki oleh kerajaan Portugal. Pada penghujung tahun 1619, armada kecil Denmark tiba di Trincomalee yang terletak di pantai timur pulau. Tentera armada ini kemudian menduduki benteng kuil Koneswaram pada Mei 1620 sebelum ditewaskan. Ekspedisi ini diteruskan lagi dengan menubuhkan kubu Dansborg di Tranquebar di pantai tanah besar. Ketika zaman kegemilangannya, Syarikat Hindia Timur Denmark dan Syarikat Hindia Timur Sweden mengimport lebih banyak teh berbanding Syarikat Hindia Timur Inggeris. Syarikat ini dibubarkan pada 1650.

Syarikat kedua[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1670, Syarikat Hindia Timur Denmark yang kedua telah diasaskan sebelum ia dibubarkan pada tahun 1729. Pada tahun 1730, ia diasaskan semula sebagai Syarikat Asiatik dan memulakan perdagangan bersama Empayar Qing di Canton. Ekspedisi pertama menemui kegagalan apabila Den gyldne Løve bersama kargo peraknya hilang di Ballyheigue, Ireland. Disebabkan ini, hubungan diplomatik kerajaan Denmark-Norway dan Britain tegang. Dengan lesen diraja yang diberikan pada 1732, syarikat baru telah dibenarkan memonopoli selama 40 tahun ke atas semua perdagangan timur Denmark dari Tanjung Harapan. Sehingga 1750, 27 kapal yang dihantar, hanya 22 kapal selama pulang ke Copenhagen. Pada 1772, syarikat ini kehilangan monopoli dan pada 1779, Denmark menjadikan India sebagai jajahan mahkota.

Ketika Perang Napoleon pada 1801 dan 1807, Tentera Laut Britain bertindak melancarkan serangan ke atas Copenahgen. Keputusan serangan terakhir British ke atas Denmark menyebabkan Denmark kehilangan kumpulan armadanya dan pulau Heligoland. Denmark akhirnya menjual petempatan-petempatannya di India pada 1845 dan Gold Coast Denmark pada 1850, kedua-dua itu diserahkan kepada British.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]