Sylvia Lim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sylvia Lim

Sylvia Lim Swee Lian merupakan Pengerusi Parti Pekerja Singapura (WP). Dia akan bertanding buat kali pertama dalam pilihanraya umum 2006 di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied (Aljunied GRC), dan akan mengetuai kumpulan yang dianggotai lima calon WP yang akan berdepan dengan kumpulan Parti Tindakan Rakyat pimipinan Menteri Hal Ehwal Luar Negara, George Yeo.[1]


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sylvia Lim adalah seorang pensyarah di Politeknik Temasek sejak tahun 1998 dan juga pengurus Lanjutan Pelajaran & Latihan di Sekolah Perniagaan Politeknik itu. Sylvia merupakan pakar dalam bidang prosedur sivil dan kriminal, pengadilan kriminal dan keselamatan swasta Dia juga telah bantu menghasilkan jilid yang bertajuk Criminal Procedure for Halsbury’s Laws of Singapore (2003), satu siri rujukan mengenai undang-undang.

Sylvia memiliki ijazah pertama dalam jurusan undang-undang (Kepujian) dari Universiti Nasional Singapura dan Sarjana Undang-undang pada tahun 1989 dari Universiti London setelah berjaya menamati pendidikan pra-universitinya di Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC). Dia dipanggil untuk berkhidmat sebagai seorang peguam di Singapura pada 1991. Semasa menjadi siswazah di peringkat ijazah dan pos-ijazah, dia giat dalam kerja sukarela dengan pertubuhan-pertubuhan Spastic Children's Association, Salvation Army Home for the Aged dan University College Hospital (London). Dia juga bekerja secara sukarela dengan pertubuhan Criminal Legal Aid Scheme of the Law Society sebagai seorang penyunting.

Pada tahun 1991, Sylvia menganggotai Pasukan Polis Singapura sebagai seorang Inspektor Polis dan berkhidmat selama 3 tahun. Dia giat dalam kerja penyelidikan di Central Police Division HQ dan kemudiannya menjadi Pegawai Staf kepada Direktor bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Pada 1994 dia kembali menjadi peguam di sektor swasta dengan syarikat peguaman M/s Lim & Lim. Dari 1994 hingga 1998, beliau aktif dalam kedua tindakan undang-undang sivil dan jenayah serta menangani pelbagai kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Juvena.

Pada Mac 2006, Politeknik Temasek mengubah polisinya supaya Sylvia tidak perlu meletak jawatan sebagai seorang pensyarah sebelum dia dapat bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Dengan parti PAP yang menguasai 75% undi dari pilihanraya umum yang lalu, Sylvia prihatin bahawa nasib parti-parti alternatif di Singapura akan tergantung, melainkan orang-orang yang boleh di percayai tampil kehadapan. Parti-parti alternatif mempunyai peranan untuk meneliti dasar pemerintah secara konstruktif dan meminta justifikasi atas sebarang undang-undang yang akan menjejas rakyat.