Tachimochi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Tachimochi.jpg
Taichimoci. Gambar oleh:
Takekuma.cocolog-nifty.com

Tachimochi (terjemah: pembawa pedang) merupakan istilah yang digunakan dalam sumo untuk menggambarkan satu daripada dua pengiring yokozuna apabila dia melaksanakan dohyo-iri atau upacara kemasukkan gelanggang. Pengiring yang satu lagi dipanggil tsuyuharai.

Semasa upacara dijalankan, tachimochi akan mengiringi yokozuna, memegang pedang pada tangan kanan, untuk memasuki gelanggang dan mencangkung pada bahagian tangan kanan. Pedang yokozuna adalah tanda tradisional taraf samurainya. Setelah yokozuna selesai melaksanakan tarian upacara, tachimochi akan sekali lagi mengiriginya keluar dari dohyo.

Tachimochi mestliah bertaraf ahli gusti sumo makuuchi (atau rikishi) dan jikalau boleh dari kumpulan pelatih (atau heya) yang sama. Jika tiada pilihan sesuai daripada kumpulan pelatih tersebut, tachimochi biasanya berasal daripada kumpulan pelatih yang berkaitan (daripada perkumpulan ichimon yang sama). Tachimochi semestinya ahli gusti bertaraf tertinggi antara kedua-dua pengiring.

Kesemua tiga ahli gusti mestilah memakai satu set sepadan kesho-mawashi miliki yokozuna semasa upcara, dan kerana upcara tersebut menyusuli upcara kemasukkan gelanggang bagi ahli gusti makuuchi pada hari kejohanan, ini bermaksud tachimochi juga akan memakai kesho-mawashi miliki yokozuna bagi kemasukkannya sendiri.

Ahli gusti yang dijadualkan menandingi yokozuna pada sesuatu hari honbasho (atau kejohanan) tidak akan memegang peranan tachimochinya sendiri.

Dalam keadaan biasa, tachimochi bukannya yokozuna lain atau ozeki. Ozeki boleh memegang peranan tachimochi semasa dohyo-iri pertama seorang ahli gusti, diadakan di Meiji Jingu di Tokyo. Yokozuna hanya akan memenuhi peranan tersebut di upacara persaraan yokozuna yang lain, atau di upcara istimewa selepas yokozuna yang lain mengumumkam kebesaraannya, tetapi sebelum upcara terakhir.