Taman Negara Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika. Taman Negara Pulau Pinang turut memiliki sebuah rumah api yang dibina pada tahun 1883. Info Pelawat :

Penginapan

Kemudahan penginapan tidak disediakan di dalam taman. Hanya peserta yang menyertai program pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan dibenarkan berkhemah. Disebabkan kedudukan taman adalah mendekati Bandar, maka pelawat boleh memilih penginapan yang lebih selesa di Georgetow, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang. Ia termasuklah hotel pantai yang bertaraf lima bintang, dan hotel dan asrama yang ekonomi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Taman Negara Pulau Pinang Jalan Hassan Abas,Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang