Sumazau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tarian Sumazau)

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei.

Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompat-lompat. Jumlah penari tidak ditetapkan, tetapi mestilah berpasangan, lebih ramai lebih meriah. Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkan kesyukuran mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari mana sukun kaum kadazandusun ini berasal . Ketika menari tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi dihinjutkan pergelangan tangan. Situasi ini juga boleh berbeza-beza mengikut daerah.Kadang kala ketika menari penari boleh setakat menghayun-hayun atau melimbai-limbai tangan. Pada masa sekarang tarian sumazau/sumayau ditarikan pada setiap majlis dan keramaian menyambut hard keramaian, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars) dan set tangkong yang diperbuat daripada tembaga . Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan dipinggang daun silad kering sebagai pengganti padi.

Kini tarian Sumazau ditarikan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

busana[sunting | sunting sumber]

Pakaian tradisi tarian Sumazau biasanya dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Pada asasnya, busana ini menggunakan warna hitam sebagai warna utama dan dihiasi dengan renda berwarna keemasan. Butang baju pula diperbuat daripad logam yang berwarna emas.

lelaki[sunting | sunting sumber]

  • Siga
  • Gaung
  • Sandangon
  • Sauva
  • huuu

wanita[sunting | sunting sumber]

  • Simbong
  • Sinuangga
  • Tapi'
  • Simin
  • Himpogot
  • Tangkong


Pautan luar[sunting | sunting sumber]