Taufan Hubert

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Severe tropical storm (MFR)
Tropical storm (SSHS)
Duration 7 Mac – 15 Mac
Intensity 100 km/h (65 mph) (10-min), 987 hPa (mbar)

Taufan tropika Hubert telah membadai Fianarantsoa, pantai tenggara pulau Madagascar pada 10 Mac - 15 Mac 2010. Angin kencang dari Lautan Hindi memusnahkan penduduk dan harta benda. 36 orang terbunuh dan lebih 85,000 orang kehilangan tempat tinggal. Banyak sawah padi, jalan-jalan raya dan rumah musnah di landa banjir. Manakala kebanyakan tempat terputus hubungan akibat jalan yang ditenggelami air. [1]

Agensi bencama alam Madagascar (BNGRC) melaporkan tanah runtuh turut berlaku akibat hujan lebat. Ribut kerap berlaku di pulau ini kerana menghadap Lautan Hindi yang luas. Lima kejadian ribut sebelum ini memberi impak besar kepada 463,000 penduduk. Biasanya ribut taufan berlaku antara bulan November - April setiap tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]