Tekad bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tekad bebas atau kehendak bebas ialah kuasa atau kemampuan yang dimiliki seseorang atau sesuatu makhluk untuk membuat pilihan secara sukarela, mengikut kemahuan sendiri, tanpa tekanan atau kekangan luar.

Prinsip tekad bebas memiliki implikasi keagamaan, etika dan sains. Sebagai contoh, dalam agama, tekad bebas seolah-olah menunjukkan yang tuhan maha kuasa tidak menggunakan kuasanya terhadap tekad dan pilihan individu. Dalam etika, ia memberikan persoalan sama ada seseorang individu boleh dianggap bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Persoalan terhadap kehendak bebas ini telah menjadi isu utama sejak awal pemikiran falsafah.