Telekomunikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.

Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.

Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.

Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

Contoh telekomunikasi manusia[sunting | sunting sumber]

Sistem perhubungan dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh samada sehala atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan telefon, computer, televisyen dan radio. Perhubungan ini berlangsung secara mudah dan cepat. Pelbagai jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuklah suara serta muzik, gambar dan video, fail computer dan aplikasi serta data telegraf. Jenis-jenis sistem perhubungan termasuklah telefon, internet, televisyen, radio, telegrafserta faksimili. Majoriti sistem perhubungan ini adalah dalam bentuk media elektronik. Telefon merupakan sistem perhubungan yang utama dalam kehidupan seharian.Telefon memudahkan kita dalam melaksanakan kerja. Telefon ini mudah dibawa ringan, kecil dan mempunyai pelbagai guna. Telefon jenis ini dapat menghantar pesanan mesej ringkas dan menelefon dari jarak yang jauh tanpa menggunakan wayar. Ada juga beberapa jenis telefon yang boleh menggunakan iaitu teknologi yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke computer peribadi, termasuklah computer raba. Internet pula ialah satu jaringan atau rangkaian computer gergasi yang menghubungkan seluruh dunia. Internet menewarkan laman web yang memaparkan teks bersama-sama dengan visual dan audio. Seterusnya, televisyen pula ialah penyiaran gambar bergerak beserta bunyi menerusi kabelatau udara atau skrin pada kaca televisyen. Pada masaini, siaran televisyen yang dapat diterima dinegara kita ialah TV3, NTV7, 8TV, TV, TV9 dan ASTRO. Selain itu, siaran radio di Negara kita mempunyai siaran radio tempatan dab juga kebangsaan. Stesen-stesen radio di Malaysia dibina bagi membolehkan integrasi nasional yang dapat menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat. Para pendengar juga mendapat hiburan. Contoh-contoh siaran yang dapat disiar di Bandar Tawau ialah KLASIK.FM(99), MUZIK.FM(94.7), SABAH.FM(95.75) dan TAWAU.FM(99.9).

Sistem telekomunikasi[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.