Tentara Keamanan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentara Keamanan Rakyat
Diasaskan 5 Oktober 1945
Dibubarkan 26 Januari 1946
(diubah namanya menjadi Tentara Republik Indonesia)
Ibu pejabat Yogyakarta
Kepimpinan
Menteri Pertahanan Amir Sjarifoeddin[1]
Panglima Besar Jenderal Soedirman
Rencana berkaitan
Sejarah Revolusi Nasional Indonesia
Pertempuran Surabaya
Palagan Ambarawa

Tentara Keamanan Rakyat (TKR) ialah angkatan perang pertama yang dibentuk oleh pemerintah Indonesia setelah Proklamasi Kemerdekaan Indonesia. TKR dibentuk pada 5 Oktober 1945 berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah.[2] TKR dibentuk dari hasil penaiktarafan fungsi Badan Keamanan Rakyat (BKR) yang sudah ada sebelumnya dan para tentera diambil dari bekas tentera Pembela Tanah Air (PETA).[3]

Pembentukan angkatan perang ini bertujuan untuk mengatasi situasi yang mulai tidak aman akibat kedatangan semula tentera Pihak Berikat ke Indonesia setelah Jepun menyerah tanpa syarat kepada pihak Berikat. TKR terdiri daripada TKR Darat, TKR Laut dan TKR Jawatan Penerbangan yang semuanya berasal dari perubahan bahagian-bahagian BKR Darat, BKR Laut dan BKR udara.

Untuk memperluas fungsi ketenteraan dalam mempertahankan kemerdekaan dan menjaga keamanan rakyat Indonesia, pemerintah Indonesia kemudian menggantikan nama Tentara Keamanan Rakyat menjadi Tentara Keselamatan Rakyat pada tanggal 7 Januari 1946 berdasarkan Penetapan Pemerintah No.2/SD 1946.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profil Kabinet Sjahrir I". Seskab.go.id. Sekretariat Kabinet Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-02. Dicapai pada 2 Januari 2014.
  2. ^ Sejarah TNI jilid I 2000, m/s. 17.
  3. ^ Rahardjo 1995, m/s. 67.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Nasution, A.H (1963). Tentara Nasional Indonesia, Jilid I, Cetakan II. Bandung: Ganeco N.V.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]