Tentera Laut Brazil
| Tentera Laut Brazil | |
|---|---|
|
Cop mohor Tentera Laut Brazil |
|
| Aktif | 1822 - kini |
| Negara | |
| Cawangan | Angkatan Tentera Brazil |
| Jenis | Tentera laut |
| Keanggotaan | 60,000 anggota tetap[1] 95 kapal, 111 pesawat |
| Sebahagian daripada | Kementerian Pertahanan Perintah Tentera Laut |
| Ibu pejabat | Brasília/DF |
| Pengasas | Marquis of Tamandaré |
| Warna | Biru & Putih |
| Musik Kawad | Cisne Branco |
| Perang/pertempuran | |
| Komander | |
| Ketua Komander | Luiz Inácio Lula da Silva |
| Komander Tentera Laut | ADM Júlio Soares de Moura Neto |
| Tanda kebesaran | |
| Naval Ensign[2] | |
| Naval Jack | |
| Pesawat | |
| Penyerang | McDonnell Douglas A-4 Skyhawk |
Tentera Laut Brazil (Bahasa Portugis: Marinha do Brasil) merupakan cabang tentera laut bagi Brazil dan sebahagian daripada komponen Angkatan Tentera Brazil. Ia merupakan tentera laut terbesar di Amerika Latin, dengan sebuah kapal pengangkut pesawat seberat 27,307-tan, iaitu NAe São Paulo (dahulunya FS Foch bekas Tentera Laut Perancis), beberapa kapal frigat buatan Amerika Syarikat dan Britain, sebilangan kecil kapal korvet binaan tempatan, kapal selam pantai berkuasa diesel-elektrik dan banyak lagi kapal peronda pantai dan sungai.
Tentera Laut Brazil juga mengandungi Kor Marin Brazil (Corpo de Fuzileiros Navais). Kor Marin terdiri daripada sebuah briged operasi dan beberapa batalion pengawal dan tugas istiadat. Kekuatan Kor Marin dianggarkan kira-kira 14,600 Marin (2004). Terdapat juga cabang Penerbangan Laut, dengan kira-kira 1,150 anggota. Keseluruhannya, terdapat kira-kira 60,000 anggota di dalam Tentera Laut Brazil.[3]
Brazil telah memperuntukan hampir AS$500 juta bagi menghasilkan sistem pendorongan berkuasa nuklear buatan tempatan untuk kegunaan kapal selam dalam masa lapan tahun akan datang. Projek ini diuruskan oleh Tentera Laut Brazil.[4]
Isi kandungan |
Rujukan [sunting]
Nota [sunting]
- ↑ Comandante da Marinha confirma nova esquadra no Nordeste Marinha do Brasil. Retrieved on 2009-02-01. (pt)
- ↑ Brazil menggunakan bendera negaranya sebagai panji.
- ↑ Comandante da Marinha confirma nova esquadra no Nordeste Marinha do Brasil. Retrieved on 2009-02-01. (pt)
- ↑ Pimentel, Carolina. "Lula garante R$ 1 bilhão para Marinha concluir projeto nuclear para submarinos", Agência Brasil, 2007-07-10. Dicapai pada 2007-12-29. (Portuguese)
Lihat juga [sunting]
- Kor Marin Brazil
- Penerbangan Tentera Laut Brazil
- Tentera Darat Brazil
- Tentera Udara Brazil
- Sejarah ketenteraan Brazil
- Brazil dan senjata pemusnah massa
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Brazilian Navy |
- Official website (Portugis)
- Brazilian Fighting Ships(Portugis)
- Global Security profile
- History of World's Navy's - Ships of the Brazilian Navy
- History of VF-1 "Falcões" (Hawks) in the Brazilian Navy
- Brazilian naval flags
- Base Militar Web Magazine's Brazilian military aircraft data base
- Military Orders and Medals from Brazil (Portuguese)
- Poder Naval OnLine - warships, naval aviation and related information
- Hazegray - World Navies Today (outdated)
- Battleships
- Carriers
Video [sunting]
|
|
|||||