Teori eksploitasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Teori eksploitasi ialah teori, paling sering dikaitkan dengan Marxis, bahawa keuntungan ialah hasil eksploitasi pekerja upah oleh majikan mereka.

Ia bersandarkan teori nilai buruh yang mendakwa bahawa nilai itu intrinsik dalam produk mengikut jumlah kerja yang telah digunakan dalam menghasilkan produk tersebut. Dengan demikian nilai suatu produk dicipta oleh para pekerja yang menghasilkan produk itu dan dibayangkan dalam harga siapnya. Pendapatan daripada harga siap ini kemudian dibahagikan antara tenaga kerja (upah), modal (keuntungan), dan belanja bahan mentah. Upah yang diterima pekerja tidak menggambarkan nilai penuh kerja mereka, kerana sebahagian nilai itu diambil oleh majikan dalam bentuk keuntungan. Oleh itu, "membuat untung" pada dasarnya bererti mengambil daripada para pekerja sebahagian nilai yang terhasil daripada kerja mereka. Inilah apa yang dikenali sebagai eksploitasi kapitalis.

Teori ini telah ditentang oleh, antara lain Eugen von Böhm-Bawerk. Dalam History and Critique of Interest Theories (1884), dia berhujah bahawa kapitalis tidak menggunakan para pekerja mereka; mereka sebenarnya membantu para perkerja dengan memberikan mereka pendapatan lama sebelum keuntungan hasil daripada barang yang dihasilkan mereka, menyatakan "Kerja tidak boleh meningkatkan bahagiannya sehingga menjejaskan modal." Terutamanya, dia berhujah bahawa teori eksploitasi tidak mengendahkan dimensi masa dalam penghasilan. Daripada kritikan ini dapat dikatakan mengikut Böhm-Bawerk, nilai seluruh suatu produk tidak dihasilkan oleh pekerja, tetapi kerja cuma boleh dibayar pada nilai semasa sebarang keluaran boleh ramal.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robert P. Murphy (26 November 2004). "Böhm-Bawerk’s Critique of the Exploitation Theory of Interest". Mises Daily (dalam bahasa Inggeris). Ludwig von Mises Institute. Diperolehi pada 16 September 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]