Terrer (band)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada bulan Disembar 2021, band rock tempatan Terrer mencuri perhatian ramai menerusi single pertama berjudul Hang Loklaq[1], yang sarat dengan kritikan sinis terhadap apa yang disifatkan sebagai sikap hipokrit dalam beragama.[2]

Video klip lagu tersebut memaparkan anggota band, yang kesemuanya lelaki, memakai baju kurung.[3]

Terrer yang ditubuhkan pada 2018 dianggotai Faiq sebagai vokalis, Abel dan Armaan (gitar), Azlan (bass) dan Helmi (dram).

Hang Loklaq adalah salah satu lagu yang termuat dalam EP bertajuk Kaum Lelaki yand telah diterbitkan pada Nov 4, 2022.

Lagu lain ialah Aku Nak Kaya, Jangan Sembunyi, Kaum Lelaki dan sebuah lagu Bahasa Inggeris iaitu Somerton Man.

Somerton Man ialah seorang lelaki tidak dikenali yang mayatnya ditemui pada 1 Disember 1948 di pantai di Taman Somerton, pinggir bandar Adelaide, Australia.

Sehingga hari ini, terdapat spekulasi sengit sejak itu mengenai identiti mangsa, punca kematiannya, dan kejadian yang membawa kepadanya.[4]