The Bodyguard from Beijing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Bodyguard from Beijing
Poster filem
PengarahCorey Yuen
PenulisChan King-Chung
Gordon Chan
Dihasilkan olehJet Li
DibintangiJet Li
Christy Chung
Kent Cheng
Collin Chou
Ng Wai-kwok
Leung Wing-chung
Disunting olehAngie Lam
Muzik olehWilliam Hu
Nanda Wijaya
Syarikat
penerbitan
Golden Harvest Company (Hong Kong)
Eastern Productions
Diedarkan olehGolden Harvert
Tarikh tayangan
28 Julai 1994
Masa tayangan
92 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Mandarin
Inggeris

The Bodyguard from Beijing adalah sebuah filem aksi dari Hong Kong tahun 1994 yang diarahkan oleh Corey Yuen. Dilakonkan oleh Jet Li dan Christy Chung sebagai watak utama. Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 1994.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang pengawal peribadi dari Beijing yang bernama Chang diperintahkan oleh pegawai atasannya untuk melindungi seorang perempuan bernama Michelle yang merupakan salah seorang saksi dalam kejadian pembunuhan setelah 2 orang saksi yang lain telah mati dibunuh. Chang dibantu oleh dua orang polis Hong Kong iaitu Sarjan Lau dan Ken untuk melindungi keselamatan Michelle.

Michelle dan adiknya, Billy telah pergi berjalan ke Mall yang sedang dilindungi oleh Sarjan Lau dan Ken. Tanpa pengetahuan Michelle, pembunuh-pembunuh yang berada di Mall menjalankan aksi untuk membunuh Michelle namun gagal setelah Chang daripada awal telah mengetahui perkara tersebut. Chang pun mula menumpaskan pembunuh-pembunuh tersebut dengan menembak mereka satu persatu. Salah seorang pembunuh yang ditembak Chang adalah adik Wang yang menyamar sebagai petugas keselamatan. Ini menyebabkan timbulnya perasaan dendam di dalam hati Wang sehingga berazam untuk membunuh Chang. Wang telah datang ke kawasan rumah Michelle untuk membunuh Chang dengan memancing perhatiannya untuk keluar daripada rumah Michelle. Namun percubaan tersebut gagal.

Pada waktu malam yang sunyi, terjadi satu pertarungan bersenjata api apabila Wang dan orang-orangnya telah masuk ke dalam rumah Michelle. Dalam pertarungan tersebut, Ken telah ditembak beberapa kali oleh Wang semasa sedang melindungi Michelle dan Billy sehingga tewas. Chang yang turut ikut bertarung menutup elektrik rumah Michelle sehingga rumah tersebut menjadi gelap. Setelah elektrik rumah dibuka semula, Chang telah mengancam mereka iaitu menyatakan jika mereka menggunakan senjata api mereka, rumah tersebut akan meletup kerana di dalam rumah tersebut telah dipenuhi oleh gas yang mengakibatkan seisi rumah akan mati. Chang dan Wang pun bergaduh dalam keadaan menahan nafas daripada gas. Di akhir pergaduhan, Wang telah mati setelah terkena lemparan bayonet kepunyaannya sendiri yang dilempar oleh Chang. Michelle pun telah selamat daripada dibunuh Wang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jet Li - Allan Hui Ching-Yeung/ John Chang
  • Christy Chung - Michelle Yeung
  • Collin Chou - Wang Wen Jun/ Wong
  • Kent Cheng - Charlie Leung Kam "Fat" Po
  • Ng Wai-kwok - James Song Sai-Cheung
  • Leung Wing Chung - Petugas Ken
  • William Chu - Billy Yeung
  • Kam Kong-Wong - Chiu Kwok-Man

Pautan luar[sunting | sunting sumber]