The Castaways on Gilligan's Island

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Castaways on Gilligan's Island
CastawaysBw60y.jpg
Barisan para pelakon The Castaways on Gilligan's Island
Format Drama TV
Dibintangi Bob Denver
Alan Hale, Jr.
Russell Johnson
Jim Backus
Natalie Schafer
Judith Baldwin
Negara asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Penerbitan
Tempoh siaran 90 min.
Penyiaran
Siaran asal 3 Mei 1979

The Castaways on Gilligan's Island merupakan wayang gambar televisyen yang disiarkan pada 1979 yang menceritakan kesinambungan siri komedi popular Gilligan's Island dalam menghadapi cabaran oleh para penumpang dan krew kapal karam. Ia merupakan kesinambungan juga kepada wayang gambar Rescue From Gilligan's Island. Pelakon-pelakonnya adalah pelakon asal siri Gilligan's Island kecuali watak Ginger Grant telah digantikan Judith Baldwin.

Para Pelakon[sunting | sunting sumber]

Bob Denver –   Willy Gilligan (Gilligan)
Alan Hale –   Skipper Jonas Grumby (Skipper)
Russell Johnson –   Dr. Roy Hinkley (Professor)
Jim Backus –   Thurston J. Howell III (Mr. Howell)
Natalie Schafer –   Eunice "Lovey" Wentworth Howell (Mrs. Howell)
Judith Baldwin –   Ginger Grant (Ginger)
Dawn Wells   –   Mary Ann Summers (Mary Ann)
Tom Bosley –   Henry Elliott
Marcia Wallace –   Myra Elliott
Ronnie Scribner –   Robbie Sloan
Judith Searle –   Mrs. Sloan
Rod Browning –   Dr. Tom Larsen
Joan Roberts –   Laura Larsen
Peter MacLean –   Fred Sloan
Natasha Ryan –   Little girl
Mokihana –   Naheeti

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

CGIonLoc2.jpg

Filem ini meneruskan penceritaan Rescue From Gilligan's Island. Mereka terdampar semula di Pulau Gilligan. Gilligan (lakonan Bob Denver telah terlanggar dengan dua buah kapal terbang yang tersembunyi di dalam hutan (mereka membaiki kapal tersebut sepanjang berada di pulau terbabit) dan Professor (lakonan Russell Johnson) percaya bahawa mereka boleh menggabungkan kedua-dua kapal terbang terbabit menjadi satu dan membawa mereka pulang.

Walau bagaimanapun, sewaktu cuba terbang ke Hawaii,enjin kapal terbang tersebut mendapat masalah. Professor mengarahkan Gilligan membuang beberapa barang muatan untuk mengurangkan berat, dan Gilligan telah terjatuh. Mereka sekumpulan bersetuju untuk kembali ke pulau dan menyelamatkan Gilligan. Gilligan ditemui tersangkut di atas pokok. Beberapa ketika kemudia, enjin kapal terbang tersebut jatuh dan rosak. Mereka bernasib baik kerana enjin tersebut jatuh sewaktu mereka telah mendarat di pulau. Mereka hanya menantikan tentera laut Amerika Syarikat sebagai jalan terakhir. Dan mereka bernasib baik kerana tentera laut Amerika Syarikat berkata mereka berjaya mengesan kapal terbang mereka untuk menjejaki mereka.

Setahun kemudian, pulau tesebut dimajukan dan menjadi milik Mr. Howell (lakonan Jim Backus).

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]