Amerika Syarikat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
|
United States of America
Amerika Syarikat |
||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
||||||
| Cogan kata: E Pluribus Unum ("Cuma Ada Satu Dalam Sejuta") (tradisional) In God We Trust (1956-kini) |
||||||
| Lagu: The Star-Spangled Banner |
||||||
| Ibu negara | ||||||
| Bandar raya terbesar | ||||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris (de facto) | |||||
| Kerajaan | Persekutuan perlembagaan republik | |||||
| - | Presiden | Barack Obama (D) | ||||
| - | Naib Presiden dan Presiden Senat | Joe Biden (D) | ||||
| - | Speaker Dewan | Nancy Pelosi (D) | ||||
| - | Presiden Pro Tempore Senat | |||||
| - | Ketua Hakim | John G. Roberts | ||||
| Kemerdekaan | daripada Great Britain | |||||
| - | Diisytihar | 4 Julai 1776 | ||||
| - | Air (%) | 4.87 | ||||
| Penduduk | ||||||
| - | Anggaran 2009 | 301,197,000 (3) | ||||
| - | Banci 2000 | 281,421,906 | ||||
| KDNK (PPP) | Anggaran 2006 | |||||
| - | Jumlah | $12.98 trilion (1) | ||||
| - | Per kapita | $43,500 (3) | ||||
| KDNK (nominal) | Anggaran 2006 | |||||
| - | Jumlah | $13.22 trilion (1) | ||||
| - | Per kapita | $44,333 (8) | ||||
| HDI (2004) | ||||||
| Mata wang | Dolar Amerika Syarikat ($) (USD) |
|||||
| Zon waktu | (UTC-5 to -10) | |||||
| - | Musim panas (DST) | (UTC-4 to -10) | ||||
| Internet TLD | .us .gov .edu .mil | |||||
| Kod panggilan | +1 | |||||
| 1 | Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto bagi Amerika Syarikat. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak digunakan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi sekurang-kurangnya di dua puluh empat negeri; Bahasa Inggeris dan Bahasa Hawaii merupakan bahasa rasmi di kepulauan Hawaii. | |||||
| 2 | Kadangkala disenaraikan keempat terbesar mengikut keluasan; kedudukan ini dipertikaikan dengan China (PRC). Perangkaan A.S. termasuklah hanya limapuluh negeri dan Daerah Columbia, bukan wilayah. | |||||
Amerika Syarikat (singkatan: A.S., nama rasminya United States of America (U.S.A.)) ialah sebuah republik persekutuan terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan. Negara ini terletak di pertengahan benua Amerika Utara di mana terletaknya empat puluh lapan negeri dan satu daerah persekutuan berjiranan antara satu sama lain bersama-sama Washington D.C, sebuah ibu kota negara berkenaan, terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik bersempadankan Kanada di utara dan Mexico di selatan. Negeri Alaska berada di barat-laut benua tersebut, dengan Kanada di timur dan Russia di barat merentasi Selat Bering dan negeri Hawaii yang terletak di pertengahan Lautan Pasifik. Selain itu Amerika Syarikat juga mempunyai beberapa kepulauan atau wilayah di seluruh dunia, termasuk Puerto Rico, Guam dan sebagainya.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah gabungan. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan ketenteraan dan diplomasi, AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula, sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20.
Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika. Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, internet, senjata nuklear dan kapal terbang dan penerokaan angkasa lepas.
Negara ini telah mengalami beberapa pengalaman pahit seperti Perang Saudara Amerika (1861-1865) dan kemelesetan ekonomi yang teruk sewaktu Kemelesetan Besar (1929-1939) yang bukan sahaja melanda Amerika malah hampir seluruh dunia. Pengalaman terbaru yang paling menyedihkan ialah serangan 9/11 pada 11 September 2001 di World Trade Center, New York, dimana hampir tiga ribu nyawa terkorban akibat serangan pengganas.
Dari segi sejarah, negara ini telah terlibat dalam beberapa perang dunia yang besar, dari Perang 1812 menentang British, dan berpakat pula dengan British sewaktu Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Era 1960an menyaksikan Amerika terlibat di dalam Perang Dingin menentang kuasa besar yang lain iaitu Kesatuan Soviet serta pengaruh komunisme. Dalam usaha untuk membendung penularan komunisme di Asia, AS terpaksa terlibat dalam Perang di Korea, Vietnam dan terakhir sekali di Afghanistan. Selepas kejatuhan dan perpecahan Soviet, AS bangkit menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terkuat di dunia. Sewaktu 1990an, AS mengisyhtiharkan dirinya sebagai polis dunia dan tenteranya telah beraksi di Kosovo, Haiti, Somalia dan Liberia, dan Perang Teluk I menentang Iraq yang menceroboh Kuwait. Selepas serangan pengganas pada 11 September, 2001 di World Trade Center dan Pentagon, AS melancarkan serangan balas ke atas Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban di sana dan pada tahun 2003 melancarkan Perang Teluk II menentang Iraq untuk menyingkirkan regim Saddam Hussein.
[sunting] Politik
Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem pentadbiran tiga lapisan (three-tier) dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing. Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana di mana kerajaan pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan undang-undang masing-masing seperti hak pengguguran bayi (abortion rights) dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang. Oleh kerana saiz negaranya yang amat besar, kerajaan pusat tidak mampu mengawal dan memantau kesemua 51 kerajaan negeri. Lalu, setiap negeri mempunyai kuasa autonomi yang agak besar berbanding dengan negara-negara persekutuan yang lain seperti Malaysia.
Satu elemen yang ketara dalam kerajaan Amerika ialah doktrin pembahagian kuasa. Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain.
Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya diadakan setiap empat tahun dan yang terakhir ialah pada bulan November 2004.
[sunting] Negeri
Semasa pengishtiharan kemerdekaan Amerika Syarikat, tiga belas koloni berubah kepada negeri-negeri. Pada mulanya negeri-negeri ini bergabung sebagai sebuah persekutuan tetapi kemudianya membentuk sebuah negara yang bersatu. Pada tahun berikutnya, bilangan negeri bertambah dengan kemasukan negeri-negeri di barat, pembelian tanah dan perpecahan negeri-negeri yang sedia ada. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah (counties), bandar raya (cities) dan kawasan-kawasan pembandaran (townships).
Amerika Syarikat juga memiliki beberapa kawasan, dan daerah, misalnya wilayah persekutuan daerah Colombia, dan tanah jajahan seperti Puerto Rico, Samoa Amerika, Guam dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.
[sunting] Geografi
Amerika Syarikat ialah negara ketiga atau keempat terbesar di dunia dari segi keluasan, mengikuti atau diikuti oleh Republik Rakyat China, bergantung kepada pengiraan dua wilayah yang dipertikai oleh China dan India. Jika hanya merangkumi keluasan tanah, maka Amerika Syarikat diletakkan di tempat ketiga dibelakang Rusia dan China, dan di hadapan Kanada.[1] Tanah besar Amerika Syarikat terbentang dari Lautan Atlantik ke Lautan Pasifik dan dari Kanada ke Mexico dan Teluk Mexico. Alaska ialah negeri terbesar dari segi keluasan yang terpisah dari tanah besar oleh Kanada dan mencapai Lautan Artik dan Pasifik. Hawaii adalah sebuah kepulauan di Lautan Pasifik yang terletak di barat daya Amerika Utara. Komanwel Puerto Rico, wilayah A.S. yang terbesar dan teramai penduduknya, terletak di timur laut Caribbean. Kecuali kawasan-kawasan jauh seperti wilayah Guam dan bahagian-bahagian paling barat Alaska, hampir keseluruhan negara terletak di hemisfera barat.
Dataran tepi pantai Atlantik dan kawasan pedalaman yang berdekatan dilitupi hutan daun luruh dan bukit-bukit Piedmont yang beralun. Banjaran Appalachian memisahkan pantai timur daripada tasik-tasik Besar dan padang rumput Midwest. Sungai Mississippi-Missouri,merupakan sungai keempat terpanjang di dunia, mengalir dari utara ke selatan melalui tengah negara. Tanah prairi yang rata dan subur di Dataran Besar terbentang ke barat. Banjaran Rocky di tepi barat Dataran Besar terbentang dari utara ke selatan merentasi tanah besar Amerika Syarikat, mencapai altitud melebihi 14,000 kaki (4,300 m) di negeri Colorado.[2] Kawasan di barat Banjaran Rocky didominasi kawasan gurun seperti Mojave dan Lembangan Besar. Banjaran Sierra Nevada terbentang selari dengan Banjaran Rocky, dan lebih berdekatan dengan pantai Pasifik. Pada ketinggian 20,320 kaki (6,194 m), Gunung McKinley di Alaska ialah puncak yang tertinggi di seluruh kawasan A.S. Gunung berapi yang aktif banyak dijumpai di seluruh Kepulauan Alexander dan Kepulauan Aleutian dan seluruh negeri Hawaii didirikan atas pulau-pulau gunung berapi tropika. Gunung berapi super yang mendasari Taman Negara Yellowstone di pergunungan Rocky memiliki ciri-ciri gunung berapi yang terbesar.[3]
Oleh sebab saiz besar Amerika Syarikat dan beraneka ciri-ciri geografinya, hampir setiap jenis iklim dirangkumi dalam lingkungan sempadannya. Iklimnya sederhana di kebanyakan tempat, tropika di Hawaii dan Florida selatan, kutub di Alaska, separuh gersang di Dataran Besar di barat meridian ke-100, gurun di Barat Daya, Mediterranean di kawasan pantai California, dan gersang di Lembangan Besar. Cuaca ekstrem tidaklah jarang—negeri-negeri yang bersempadan dengan Teluk Mexico terdedah kepada hurikan dan kebanyakan puting beliung di dunia terjadi dalam tanah besar A.S.[4] Namun begitu, iklim yang kebanyakannya sederhana, jarang berlakunya kemarau teruk di kawasan pertanian utama, dan jarang berlakunya banjir teruk telah banyak membantu negara menjadi peneraju dunia dalam bidang pertanian.
[sunting] Ekonomi
| Petunjuk ekonomi nasional | |
|---|---|
| Pengangguran | 4.8% Februari 2008[5] |
| Pertumbuhan KDNK | 2.9% 2005–2006[6] |
| Inflasi CPI | 4.0% Februari 2007–Februari 2008[7] |
| Hutang negara | $9.396 trilion 24 Mac 2008[8] |
| Kemiskinan | 12.3% atau 13.3% 2006[9] |
AS menjalankan sistem ekonomi kapitalis campuran yang dipacu oleh sumber aslinya yang banyak, infrastruktur yang baik dan produktiviti tinggi. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, KDNK Amerika Syarikat sebanyak AS$13 trilian adalah 25.5% dari keluaran dunia kasar pada kadar pertukaran matawang dan lebih 19% dari keluaran dunia kasar pada pariti kuasa beli (PPP). KDNK Amerika Syarikat merupakan KNDK nasional yang terbesar di dunia tetapi kurang sedikit dari KNDK Kesatuan Eropah pada pariti kuasa beli.[10]
Negara ini kaya dengan sumber asli seperti emas, minyak, arang batu dan uranium. Dalam bidang pertanian, AS adalah pengeluar utama jagung, gandum, gula dan tembakau. Amerika Syarikat juga mengeluarkan kereta, kapal terbang dan barangan elektrik. Lebih kurang 3/4 dari populasinya bekerja dalam industri perkhidmatan.
15 rakan dagang utama Amerika Syarikat adalah:
- Kanada
- China
- Mexico
- Jepun
- Jerman
- UK
- Korea Selatan
- Perancis
- Taiwan
- Belanda
- Brazil
- Malaysia
- Itali
- Singapura
- Ireland
[sunting] Demografi
Menurut anggaran Biro Bancian AS, penduduk Amerika Syarikat berjumlah 305,376,000, termasuk lebih kurang 11.2 juta pendatang haram. [11] AS adalah negara ketiga teramai di dunia selepas China dan India. Kadar pertumbuhan penduduknya adalah 0.89% [12] berbanding Kesatuan Eropah 0.16%.[13] Kadar kelahiran pula adalah 14.16 untuk 1,000 orang iaitu 30% di bawah purata kadar dunia tetapi lebih tinggi dari mana-mana negara Eropah kecuali Albania dan Ireland.[14] Pada tahun kewangan 2007, sejumlah 1.04 juta pendatang diberi taraf penduduk sah. Mexico merupakan sumber utama penduduk sah untuk dua dekat; dan sejak tahun 1998, China, India dan Filipina menjadi negara utama yang rakyatnya datang ke AS.[15] Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara perindustrian di mana pertambahan penduduk yang ramai diramalkan.[16]
AS mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa - 31 kumpulan kaumnya mempunyai lebih dari satu juta ahli.[17] Kulit putih merupakan kumpulan yang terbesar dengan Amerika Jerman, Amerika Irish dan Amerika Inggeris merupakan tiga dari empat kumpulan yang terbesar.[17] Amerika Afrika merupakan kumpulan kedua minoriti yang terbesar selepas Hispanik/Latino, dan yang kaum ketiga terbesar.[18][17] Amerika Asia merupakan minoriti kedua terbesar, dan dua kumpulan yang terbesar dalam kategori ini adalah Amerika Cina dan Amerika Filipina.[17] Pada tahun 2007, penduduk AS termasuk 4.5 juta Orang Asli Amerika atau Orang Asli Alaska dan lebih 1 juta Orang Asli Hawaii atau Orang Kepulauan Pasifik.[18][19]
| Ras/Etnik (2007)[20] | |
|---|---|
| Kulit putih | 73.94% |
| Amerika Afrika | 12.38% |
| Asia | 4.39% |
| Kaum Asli Amerika dan Alaska | 0.78% |
| Kaum Asli Hawaii dan Penduduk Pulau Pasifik | 0.14% |
| Kaum campur | 2.16% |
| Bangsa lain | 6.21% |
| Hispanik atau Latino (apa-apa bangsa) | 15.06% |
[sunting] Bahasa
Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kebangsaan. Walaupun tidak ada bahasa rasmi pada peringkat persekutuan, beberapa undang-undang - seperti syarat menjadi rakyat AS - memerlukan fasih berbahasa Inggeris. Pada tahun 2003, lebih kurang 215 juta, atau 82% penduduknya yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Sepanyol, yang digunakan oleh 10% penduduknya, adalah yang kedua banyak dituturkan dan yang paling banyak diajar sebagai bahasa asing. Sesetengah rakyat Amerika mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara kerana ia sudah dibuat sekurang-kurangnya di 28 negeri. Kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris merupakan bahasa rasmi di pulau itu. New Mexico pula mempunyai undang-undang mengenai penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol sementara Lousiana pula bahasa Inggeris dan Perancis. Negeri lain seperti California menghendaki versi Sepanyol untuk sesetengah dokumen kerajaan termasuk borang mahkamah.
[sunting] Budaya
Amerika Syarikat adalah negara berbilang budaya, kumpulan etnik, tradisi dan nilai hidup. Tiada istilah bagi etnik Amerika kecuali untuk sebilangan kecil populasi kaum pribumi Amerika kerana hampir seluruh rakyat Amerika atau nenek moyang mereka adalah imigran yang datang selama lima abad yang lepas. Budaya yang diamalkan oleh majoriti rakyat Amerika adalah budaya arus perdana Amerika iaitu budaya barat yang diambil dari tradisi pendatang dari Eropah Barat bermula dari pendatang awal Inggeris dan Belanda. Budaya orang Jerman, Ireland dan Scotland juga berpengaruh. Beberapa budaya berasal dari golongan hamba dari Afrika Barat telah diambil terutama tradisi dari hamba Bantu dari Afrika Tengah. Perluasan ke bahagian barat pula membawa bersama budaya dari Mexico. Migrasi besar-besaran pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 oleh pendatang dari Selatan dan Timur Eropah mengenalkan budaya mereka ke dalam masyarakat.
[sunting] Lihat juga
- Perhubungan di Amerika Syarikat
- Pelancongan di Amerika Syarikat
- Cuti Awam di Amerika Syarikat
- Ketenteraan di Amerika Syarikat
- Pengangkutan di Amerika Syarikat
- Hubungan Luar Amerika Syarikat
- Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat
- Daftar kapal perang tentera laut Amerika Syarikat
- Daftar negara
[sunting] Nota
- ↑ "Buku fakta dunia: Jadual perbandingan luas kawasan negara". Yahoo Education. http://education.yahoo.com/reference/factbook/countrycompare/area/3d.html;_ylt=As1XMsN8kgSx746VWazy_s7PecYF. Retrieved 2007-02-28.
- ↑ Benner, Susan (1992-05-24). "Tackling Colorado's 14,000-Footers". New York Times. http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?sec=travel&res=9E0CEFD6113BF937A15756C0A964958260. Retrieved 2007-06-21.
- ↑ O'Hanlon, Larry. "Gunung berapi super: Apakah yang terdapat di bawah Yellowstone?". Discovery Channel. http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/under/under.html. Retrieved 2007-06-13.
- ↑ Perkins, Sid (2002-05-11). "Tornado Alley, A.S". Science News. http://www.sciencenews.org/articles/20020511/bob9.asp. Retrieved 2006-09-20.
- ↑ "Bureau of Labor Statistics Home Page". U.S. Dept. of Labor. http://www.bls.gov/. Retrieved 2008-03-25.
- ↑ "IMF GDP"
- ↑ "Ringkasan Indeks Harga Pengguna". Jabatan Buruh A.S.. 14 Mac 2008. http://www.bls.gov/news.release/cpi.nr0.htm. Retrieved 25 Mac 2008.
- ↑ "Statistik hutang". Jabatan Perbendahaan A.S.. http://www.treasurydirect.gov/NP/BPDLogin?application=np. Retrieved 2008-03-25.
- ↑ Webster, Jr., Bruce H., and Alemayehu Bishaw (Ogos 2007). "Data perolehan, pendapatan dan kemiskinan berdasarkan Tinjauan Komuniti Amerika 2006". Biro Bancian A.S.. http://www.census.gov/prod/2007pubs/acs-08.pdf. Retrieved 05 Februari 2008.
- ↑ "Turutan kedudukan — KDNK (Pariti Kuasa Membeli)". World Factbook. CIA. 15 November 2007. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html. Retrieved 04 Disember 2007.
- ↑ Camarota, Steven A., and Karen Jensenius (July 2008). "Homeward Bound: Recent Immigration Enforcement and the Decline in the Illegal Alien Population" (PDF). Center for Immigration Studies. http://www.cis.org/articles/2008/back808.pdf. Retrieved 2008-08-06.
- ↑ "United States". The World Factbook. CIA. 2009-09-30. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/us.html. Retrieved 2009-10-11.
- ↑ "European Union". The World Factbook. CIA. 2007-05-31. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/ee.html. Retrieved 2007-06-15.
- ↑ "Rank Order—Birth Rate". The World Factbook. CIA. 2007-05-31. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2054rank.html. Retrieved 2007-06-13.
- ↑ "Persons Obtaining Legal Permanent Resident Status by Region and Country of Birth: Fiscal Years 1998 to 2007 (Table 3)". U.S. Dept. of Homeland Security. http://www.dhs.gov/ximgtn/statistics/publications/LPR07.shtm. Retrieved 2008-09-06.
- ↑ "Executive Summary: A Population Perspective of the United States". Population Resource Center. May 2000. Archived from the original on 2007-06-04. http://web.archive.org/web/20070604165856/http://www.prcdc.org/summaries/uspopperspec/uspopperspec.html. Retrieved 2007-12-20.
- ↑ 17.0 17.1 17.2 17.3 "Ancestry 2000" (PDF). U.S. Census Bureau. June 2004. http://www.census.gov/prod/2004pubs/c2kbr-35.pdf. Retrieved 2007-06-13.
- ↑ 18.0 18.1 "B03001. Hispanic or Latino Origin by Specific Origin (collapsed version)". 2007 American Community Survey. U.S. Census Bureau. http://factfinder.census.gov/servlet/DTTable?_bm=y&-ds_name=ACS_2007_1YR_G00_&-_geoSkip=0&-CONTEXT=dt&-mt_name=ACS_2007_1YR_G2000_B03002&-_skip=0&-redoLog=false&-geo_id=01000US&-_showChild=Y&-format=&-_lang=en&-_toggle=ACS_2007_1YR_G2000_B03002&-SubjectID=15233308. Retrieved 2008-10-07.
^ "Annual Estimates of the Population by Sex, Race, and Hispanic or Latino Origin for the United States: April 1, 2000 to July 1, 2007 (NC-EST2006-03)". U.S. Census Bureau, Population Division. 2008-05-01. http://www.census.gov/popest/national/asrh/NC-EST2007-srh.html. Retrieved 2008-09-05. - ↑ Friedman, Michael Jay (2006-07-14). "Minority Groups Now One-Third of U.S. Population". U.S. Dept. of State, Bureau of International Information Programs. http://usinfo.state.gov/xarchives/display.html?p=washfile-english&y=2006&m=July&x=20060707160631jmnamdeirf0.2887079. Retrieved 2007-06-13.
- ↑ "B03002. Hispanic or Latino Origin by Race". 2007 American Community Survey. United States Census Bureau. http://factfinder.census.gov/servlet/DTTable?_bm=y&-ds_name=ACS_2007_1YR_G00_&-CONTEXT=dt&-mt_name=ACS_2007_1YR_G2000_B03002&-redoLog=true&-geo_id=01000US&-format=&-_lang=en&-SubjectID=15233308. Retrieved 2008-09-25.
|
|
|
|---|---|
| Negara-negara berdaulat | Antigua dan Barbuda • Bahamas • Barbados • Belize • Kanada • Costa Rica • Cuba • Dominica • Republik Dominica • El Salvador • Grenada • Guatemala • Haiti • Honduras • Jamaica • Mexico • Nicaragua • Panama • Saint Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent dan Grenadines • Trinidad dan Tobago • Amerika Syarikat |
| Wilayah-wilayah tanggungan | Denmark: Greenland • Perancis: Guadeloupe ∙ Martinique • Saint Pierre dan Miquelon • Belanda: Aruba • Antilles Belanda • United Kingdom: Anguilla • Bermuda • Kepulauan Virgin British • Kepulauan Cayman • Montserrat • Kepulauan Turks dan Caicos •Amerika Syarikat: Pulau Navassa • Puerto Rico • Kepulauan Virgin Amerika Syarikat |
|
|
||
|---|---|---|
| Australia • Brunei Darussalam • Kanada • Chile • Republik Rakyat China • Hong Kong • Indonesia • Jepun • Republik Korea • Malaysia • Mexico • New Zealand • Papua New Guinea • Peru • Filipina • Russia • Singapura • Taiwan • Thailand • Amerika Syarikat • Vietnam | ![]() |
|
|
|
|
|---|---|
| Ahli | Amerika Syarikat · Belanda · Belgium · Bulgaria · Kanada · Republik Czech · Denmark · Estonia · Perancis · Jerman · Greece · Hungary · Iceland · Itali · Latvia · Lithuania · Luxembourg · Norway · Poland · Portugal · Romania · Slovakia · Slovenia · Sepanyol · Turki · United Kingdom |
| Calon | Albania · Croatia · Georgia · Republik Macedonia |
|
||||||||||||||
