Thomas à Kempis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thomas à Kempis

Thomas à Kempis merupakan seorang ahli tasawuf Kristian terkenal dari Zaman Pertengahan. Nama aslinya ialah Thomas Hemerken . Dia lahir di Kempen, berdekatan kota Koln, pada tahun 1379. Dari situlah dia mendapat nama Thomas à Kempis. Kempis mempunyai banyak tulisan, namun yang paling terkenal ialah Imitasi Kristus ( dalam bahasa Latin Imitatio Christi ). Maksud daripada buku tersebut adalah mengikuti Yesus Kristus. Buku ini terdiri daripada empat jilid dan sertakan karya klasik yang paling digemari. Sehingga abad ke-15, buku ini sudah dicetak ulang sebanyak 99 kali. Kempis meninggal dunia pada tahun 1471.

Isi daripada buku pertama adalah mengenai masalah Kehidupan di biara, sedangkan isi buku keempat adalah tentang Perjamuan Kudus. Buku kedua dan ketiga mengandungi kehidupan batin dan kerohanian Kristian. Buku itu menyeru pembaca untuk mawas diri dan rendah hati, berdisiplin serta mempercayai Allah dengan sepenuhnya.