Titian Kanopi Gunung Mulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di Taman Negara Mulu terdapat titian gantung hutan hujan kanopi yang terpanjang di dunia.[1] Panjang titian ini dianggarkan 480 meter dan 30 meter dari aras lantai hutan. Titian ini mula dibuka kepada umum sejak dari tanggal 25 Julai 2005. Titian kanopi ini telah dibina oleh orang tempatan di daerah Miri dan Mulu dengan bantuan pakar pembinaan dan perhutanan.

Berhampiran dengan titian kanopi ini, terdapatnya hembusan angin di antara pucuk-pucuk pohon yang subur dan sungai yang mengalir tenang di bawah titian serta ketinggian titian ini mencecah kettinggian yang hampir sama dengan tebing kapur yang terletak di atasnya. Titian tergantung kanopi ini mengikuti laluan melingkar bergantung antara 15 pohon dengan menara keluar berasingan. Ini adalah salah satu dunia yang baru, yang telah memenuhi standard minimum kemudahan pengunjung di taman negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]